Advertiser 2
0
Rabu, Jun 30, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Harry Potter and the Deathly Hallows




OMG!!! This is awesome!!! can't wait to watch this superb movie.. but this time its divided into part I and part II where part I will be released on 19 November 2010 and part II on 15 July 2011.Both parts will be released in 2D and 3D formats on their individual release dates.Hope i can find IMAX in egypt...in zagazig?? nahhhhh...it wouldn't happen even i wait for the next 100 years...Mmmmm...don't want to talk about it...so guys,here i include both short synopsis of part I and II for u all.. :)


Part I

Voldemort's power is growing stronger. He now has control over the Ministry of Magic and Hogwarts. Harry, Ron, and Hermione decide to finish Dumbledore's work and find the rest of the Horcruxes to defeat the Dark Lord. But little hope remains for them, so everything they do must go as planned.

Part II
The end begins as Harry, Ron, and Hermione go back to Hogwarts to find and destroy Voldemorts final horcruxes, but when Voldemort finds out about their mission, the biggest battle begins and life as they know it will never be the same again.

P/s: I'm so damn excited..soooo..exciteeedddd!!!


4
Isnin, Jun 28, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Bukit Gambang Resort City






Salam..haaa..kali ni aku nak cerita sket tentang Bukit Gambang Resort City di Pahang iaitu yang pertama dan terbesar di pantai timur dan mungkin di negara.
Bukit Gambang Water Park nih menyediakan 20 ekar ukurannya tasik buatan manusia, kolam gelombang yang terbesar dengan 8 mode gelombangt,"Family raft ride" yang terpanjang dan 6 lorong gelongsor pelumba lengkap dengan "timing scoreboard" sekali.

2
Ahad, Jun 27, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

1001 Horrible Facts You Should Know (Part III)


At least 1.3 billion people are infected with a small hookworm
that attaches to the inside of the gut. If there are a lot, it looks
like fur or a thick carpet. Around the world, they suck a total
of 10 million litres (around 21 million pints) of blood a day.




When a wound gets infected, it oozes yellow pus. Pus is a
mixture of dead blood cells, bacteria and other dead cells
from your body.

9
Ahad, Jun 20, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Kena Tag dan pertama kali mebuat Tag :))

kena tag?? yg ni aku buat sbb pendek je...yg lain2 tu aku buat lepas exam lah..sbb panjang gilerrhhhh..hehe...so syarat2 nye kat bawah ni...


1. Permainan ini terbuka kepada semua peringkat umur
2. Satu gambar setiap seorang dan adelah gambar anda sendiri. 
3. Gambar mestilah senyuman yang ikhlas dan lebar to the max
4. Gambar adalah berseorangan sahaja. lau nak gambar couple pon boley, tapi pastikan yang sorang lagi tu adalah saya (ahahaha) xde lah...
5. Mestilah follow tuan punye blog
6. Tag sekurang-kurangnye 4 orang bloggers comel. comel ke? ehhe~ :))

sape yg kene tag??

2
Sabtu, Jun 19, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

10 ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 
44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM,TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

3
Khamis, Jun 17, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Ketagihan lagu World Cup 2010



huhhh...aku ketagih lagu world cup (walaupon aku tak minat bola)...haha...ade org kate hilang satu nikmat dunia ye ke?? entahlerr...dah tak minat nak buat mcm mana...huhuhu...tp kat bawah ni aku nak kongsi official video and mp3 untuk di download...moga korang pon ketagih!!!! hahahaha....tapi yg ni tak bahaya nak dibandingkan ngan shabu... :p  Enjooooyyyyyyyy!!!!!




right click,then choose 'save link as' to download -->Waving Flag K´naan n David Bisbal Sudafrica




right click,then choose 'save link as' to download --> Shakira - Waka Waka (This Time for Africa)

3
Rabu, Jun 16, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Israel pertimbang longgar sekatan

Kabinet Netanyahu bincang pendekatan baru benar barang dibawa ke Gaza 

TEL AVIV: Kabinet Israel mengadakan mesyuarat semalam bagi menimbangkan gesaan masyarakat antarabangsa sejak beberapa minggu lalu, agar ia melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza.


Akhbar harian Haaretz melaporkan, kabinet dengan 15 anggota itu dijangka mengundi cadangan dikemukakan selepas beberapa minggu perbincangan ‘tegang’ antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan utusan khas Kuartet Asia Barat, Tony Blair.


Seorang pegawai kerajaan mengesahkan, Kabinet memulakan mesyuarat awal pagi semalam bagi membincangkan ‘perkara berkaitan Gaza’ tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai apa yang dibincangkan atau perkara yang bakal diundi. 

Haaretz dan media lain melaporkan, jika dipersetujui, ‘persefahaman Blair-Netanyahu’ akan menyaksikan Israel melaksanakan pendekatan baru ke atas barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Gaza sejak sekatan dikuatkuasakan pada 2006. 

“Di bawah cadangan baru hasil rundingan bersemuka dengan Blair dan perbincangan melalui telefon, Israel akan membenarkan semua barang dibawa masuk, kecuali bahan yang disenarai hitam,” kata akhbar itu. 

Ia juga akan membenarkan kemasukan peralatan dan bahan binaan yang amat diperlukan bagi projek pembinaan yang ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 
Haaretz berkata, Israel juga bersetuju meneliti cadangan untuk menempatkan pemeriksa daripada pihak berkuasa Palestin dan Kesatuan Eropah (EU) di sempadan untuk memeriksa barangan yang dibawa masuk. 

Pada masa ini, beribu-ribu produk termasuk produk biasa seperti kertas tisu tandas dan halia, disenaraikan Israel sebagai barang ‘berisiko’ dan dilarang daripada dibawa masuk ke Gaza. 

Senarai turut memasukkan produk seperti bahan binaan yang dikhuatiri Israel boleh dijadikan bahan membina roket seperti batang paip dan simen yang boleh digunakan untuk membina kubu. 

Media Israel menyatakan cadangan itu dijangka dipersetujui Kabinet keselamatan, manakala Blair memberitahu Haaretz ia adalah ‘langkah yang amat penting’. 
“Ia akan membolehkan kita memastikan bahan membuat senjata tidak dibawa masuk ke Gaza, pada masa sama membantu penduduk Palestin di sana. 

“Dasar di Gaza mestilah bermatlamat memencilkan puak ekstremis tetapi membantu penduduk Palestin. Kita juga mahu menghapuskan perbuatan menyeludup barangan melalui terowong bawah tanah di sempadan Gaza dengan Mesir,” kata Blair 
Radio tentera bagaimanapun berkata, Netanyahu dijangka menekankan supaya sekatan laut ke atas Gaza dikekalkan, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi ‘pelabuhan Iran’ yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas. 

Israel menerima tekanan hebat berikutan serbuan ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan Mavi Marmara bulan lalu, yang menyebabkan sembilan aktivis warga Turki terbunuh.



SUMBER: BERITA HARIAN


ulasan:


what??? kertas tisu tandas dan halia, disenaraikan Israel sebagai barang ‘berisiko’??!!!! 
nampak sngt israel ni bodoh kan??? halia tu org buat masak...bukannye buat senjata...entah2 dia hidu then bau halia tu mcm 'mengancam' tu yg terus senarai sebagai barang berisiko...stupidossss!!!!!

4
Post By: Tan Sri Kroll™

SELUAS MANAKAH NERAKA???


LUASNYA NERAKA 

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... 



.: Luasnya Neraka :.
 

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: 

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
Pintu pertama (yg terbawah) untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.


.:Ciri-ciri Neraka.:

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor  ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai  70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

0
Selasa, Jun 15, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

1001 Horrible Facts You Should Know (Part II)


Pinworms cause an itchy bottom because they sneak out at night
to lay their eggs there.



When diarrhoea turns pale, it contains bits of the lining
of your gut.




Ten billion scales of skin fall off your body
every day.





Urine doesn’t contain bacteria. Becalmed or shipwrecked sailors
used to drink it with no ill-effects.





Dentists in the Far East used to pull teeth out with their
bare hands! In China, they practised by pulling nails out
of wood with their fingers.





Adult feet produce about a quarter of a cup of
sweat a day from 250,000 pores – wait
four days and you could make a cup of
foot-sweat tea!





Your body needs sleep. Staying awake for two
weeks can be enough to kill you.












13
Rabu, Jun 09, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Siapakah Mizz Nina???




(mizz nina-what you waiting for)


ok...sementara korang buffer youtube kat atas nii....(bagi yang tenet macam siput sedut) aku nak citer sket tentang siapakah Mizz Nina?  Berdasarkan kepada gayanya seperti artis dari luar negara,tapi disebalik rupa dan penampilan yang ditonjolkan,dia merupakan salah seorang artis kelahiran dari Malaysia. Siapa sangka dia mampu menggegar dunia dengan lagu "what you waiting for". Sekarang ’single’ pertamanya yang telah berkumandang di radio semakin hari,semakin diminati ramai termasuklah aku sendiri. hehe. ‘Single’ terbaru dia yang bertajuk ‘what you waiting for’ yang merupakan kolaborasi bersama Colby O’Donis.(yang featuring ngan lady gaga tuh..hehe..)
Nama penuhnya ialah Shazrina Bt Tan Sri Dato' Azman,anak jutawan Malaysia...pemilik Am bank(title mcm aku..tapi die takde "Dr" hahahaha....). Nina ni merupakan salah seorang ahli dari Teh Tarik Crew, meneruskan projek dalam usaha menghasilkan album solo sendiri. Dia sebelum ini pernah menceburi bidang peragaan dan terlibat dalam pengiklanan komersial televisyen serta bekas pengacara ‘Channel V’. Bakat yang ada dalam dirinya melonjakkan namanya lebih tinggi dalam bidang seni muzik. Amat berminat seni muzik hip hop,memberikan dia suatu pengalaman berbeza sebagai artis perempuan hip hop di Malaysia.
Rasa bangga dengan usaha dia sebab berjaya melakukan kolaborasi dengan artis luar seperti Colby O’Donis yang merupakan artis baru meningkat naik di Amerika sana. Nampak sangatlah bakat yang ada dalam diri Mizz Nina mampu memikat artis luar untuk digandingkan bersama dalam lagunya.Bagi aku kualiti lagu ni setaraf dengan lagu orang puteh yang lain...aku harap lagi banyaklah lagu-lagu yang bertaraf macam ni dihasilkan di malaysia. Klik link tu untuk download lagu yg best nih..hehe---> what you waiting for
oklah...byeeee....stuck seketika didepan laptop...hehe...STUDY!!!!!!


p/s: aku suka waktu lirik "hey sexy girl from kuala lumpur" hehe...ade jugak name kuala lumpur..hikhikhik...


p/s/s: tapikann...aku tak sukanya video clip dia sngtlah tidak sedap mata memandang....sbb dia tu wanita melayu...kalo org puteh dah memang bende biase... :(

2
Isnin, Jun 07, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Pengalaman Razali Awang, pemberita TV3 (interesting)

Hi guyyyysss!!!! just want to share what i've got from email this morning...very interesting story..and..andd...tentang mesir tu..i think all of them true isn't it?? and u know what...aku ade chat ngan sorang arab ni...dan dia kata org mesir bukan org arab...and their true origin was from pharaonic root...im very shocked when heard this statement from an egyptian..mcm bangga je dia datangnye dari firaun...dan aku mulalah tepikir..patutla perangai mcm firaun..hehe...tp tak dinafikannnn..ramai jugak yg ok...yg alim ulamak pon ramai kat sini...senang citer -ve and +ve sume ader...but i think more -ve than +ve..entahlerr..oklahhh...layannn citer kat bawah ni....



Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: 


Mesir 
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. 
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... 
 "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. 
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … 
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! 
Memang sekutu kuat Amerika and Israel . 
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!) 


Gaza ( Palestine ) 
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! 
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! 
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). 
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. 
 Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. 
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) 
Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan.. 


Hamas 
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. 
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! 
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. 
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! 
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. 
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. 
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. 
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.. 


Israel 
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. 
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. 
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. 
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn... 


Rakyat Palestine 
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. 
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! 
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. 
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! 
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ...sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. 
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. 
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana samalah mcm kita sokong Israel . 
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

0
Ahad, Jun 06, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Pengalaman Aktivis yang Menyertai Flotila Misi Penghantaran Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.

ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin


"Kami tidak sangka dapat keluar dari Israel seawal ini. Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi. 

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel),"


"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal. 

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu. 
Beliau turut memberitahu tiga rakan aktivis, Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias, telah ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha. 

penggunaan peluru getah itu sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara. 

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja. 

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal. Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh. 

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa...tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya. 

Beliau berkata, ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru. 

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan. 

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia." 

Malah, katanya, seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya. 

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat- maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas. 




Ashwad (pemberita astro awani) & Shamsul Kamal Abdul Latip jurukamera Astro Awani

"Israel memang pandai dengan deraan mental. Fizikal tidak diapa-apakan tetapi mental diasak daripada pelbagai sudut. Kita di Malaysia jarang melawat penjara, tak pernah pun masuk penjara, tapi ini di Israel. Berada di situ sudah cukup terseksa, inikan pula menghadapi tindakan kejam mereka,"

"Kami terpaksa berjemur di tengah panas di atas kapal Israel selama 15 jam sebelum tiba ke Pelabuhan Ashdod. Pada masa itu nak minum pun susah...kawan-kawan cuba memberi minuman dalam keadaan tangan masing-masing terikat. 


"Barang-barang pula seperti kamera dan peralatan lain turut dirampas. Kami ingat tak dapat balik tapi pejabat yang menguruskan barang rampasan kemudiannya memulangkannya semula kepada kami. Malangnya ada peralatan tersebut yang sudah rosak akibat dirampas dengan kasar oleh tentera Israel," 

Apa kata PM???

Malaysia akan meneruskan usaha bersama masyarakat antarabangsa bagi memaksa Israel menamatkan kezaliman terhadap rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mahu tekanan diplomatik terhadap Israel ditingkatkan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang boleh menamatkan kepungan terhadap Gaza.

"Tindakan susulan mesti kita lakukan, kita tidak mahu sekadar satu usul yang mengutuk Israel tetapi tindakan yang boleh membawa perubahan.

Ini yang kita nak, bukan setakat berhenti dengan usul tetapi tindakan dengan PBB supaya Israel tidak lagi membuat tindakan begitu zalim terhadap rakyat Palestin," katanya dalam temubual secara langsung bersama TV3 di kediamannya di sini sebentar tadi.

"Apa yang dilalui mereka bukan saja menyayat hati tetapi akan membuat mata rakyat Malaysia dan dunia mengenai kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita sekadar baca dan lihat di kaca televisyen...," katanya.

Merujuk bukti kekejaman komando Israel membunuh sembilan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di atas kapal Mavi Marmara itu, Perdana Menteri berkata ia bukan saja satu bentuk keganasan tetapi contoh sebenar takrifan keganasan yang ditaja negara.

"Hakikatnya, kumpulan yang tiada senjata diserang tanpa perasaan sama sekali dan ditembak dengan senjata dari jarak dekat. Malah ada yang ditembak dari belakang, ini 'cold blooded act of killing' (pembunuhan bersahaja) yang dilakukan komando Israel atas arahan rejim Tel Aviv," katanya. 


SUMBER: BERITA HARIAN

0
Jumaat, Jun 04, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

♫ ♪Marilah mariiiii...♪♫mari membeliiii...♫♪ membeli kurmaaaaaa....♪♫ (^_^)


 ♪Marilah mariiiii...♪♫mari membeliiii...♫♪ membeli kurmaaaaaa....♪♫


Fuhhhhhh...letih aku nyanyi...naseb baik pitching tak lari..tone pon tak mendatar...org kate mmg "asian songbird" lah aku punye suare..kalah Regine Velasquez ...kalo tak tau sape die..click link tuh...tapi rase nye skrg ni Siti kot yg asian songbird..akupon tak tau...ape2 lahhh...janji suare aku lagi sedap...hehehe...  


mmm...kali ni aku nak promote kurmaaaaaaaa..yeahhhh...dates!!!! baik punyeeee!!!!
ni kurma yg datangnye dari siwa...tahun lepas aku pegi sane bawak balik satu beg besar kurma...then balik jadik hitam legam mcm punggung kuali (ayat bertapis)...   
sebab kat sane amatlah panaz dan membakar kulit...tapi bestttt...

Khamis, Jun 03, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Sukarelawan Malaysia atas kapal Rachel Corrie tekad teruskan misi



Pengalaman ngeri 12 sukarelawan Malaysia yang ditawan tentera Israel yang menyerang flotila bantuan kemanusiaan untuk Gaza Isnin lalu tidak melemahkan semangat satu lagi kumpulan sukarelawan negara yang berada di atas kapal Rachel Corrie yang sedang menuju ke destinasi sama. 

Sebaliknya wakil pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, dalam satu kenyataan hari ini, berkata mereka sudah lebih daripada bersedia untuk meneruskan misi menghantar bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza.

11
Rabu, Jun 02, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

1001 Horrible Facts You Should Know (Part I)


The acid in your stomach is so strong that it can dissolve steel
razor blades but  it’s still not a good idea to eat them, though!



Long ago, rich people used to pay for teeth to be pulled
from poor people (often teenagers) and implanted in
their own jaws when their rotten teeth were removed.



A beef tapeworm, caught from eating eggs in 
infected beef, can grow to 12 metres (39 feet)
long in the human gut.



All the bacteria living inside your body
would fill six teaspoons.



If you could scrunch together all the bacteria living on the outside of your
body, they would take up about thesame amount of space as one pea.






Egyptian mummies that have been dead for
3,000 years still have their fingerprints intact.



The maw-worm can grow to 30 centimetres (1 foot) and then come out of the
body from any gap or hole, including thecorner of the eye.




More than100 million micro-organismslive in your
mouth at any time.




You go white when really scared because blood drains
from your skin.This protected primitive humans from
bleeding to death if bitten by scary, wild animals.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang