Advertiser 2
Selasa, April 06, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA/THE MALAY CHRONICLES-BLOODLINES




Inilah poster filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU dan di bawah arahan Yusry Abdul Halim. citer ni aku tngk trailer nye mmg mantap giler!!! Bangga rasenye bila org melayu mampu buat filem mcm ni...

Pembikinan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa ni menelan belanja kira-kira RM 8 juta, menjadikannya filem Melayu kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan pada tahun 2004. Oleh sebab filem ini ditujukan kepada pasaran antarabangsa, dialognya terdiri daripada 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Melayu Klasik dan lain-lain no wonder la citer nih mendapat perhatian dari negara2 luar kan...


Untuk menjimatkan perbelanjaan, KRU memanfaatkan teknologi CGI untuk menghasilkan kebanyakan latar bersejarah, selain prop dan latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

http://2.bp.blogspot.com/_n1Qvz2ojX8I/St3N7NxSvCI/AAAAAAAABeI/Y0mg96blmcU/s400/mainpix2%5B1%5D.jpg

Penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa bermula pada 9 Jun 2009 dan berakhir pada 8 Ogos, dengan menyempurnakan 90% penggambarannya di negeri Terengganu, dan selebihnya di negeri lain seperti Pahang dan Kuala Lumpur.


Setakat ini bagi hak edaran luar negara, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ telah terjual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan di 22 negara Timur Tengah. Ini menjadikan ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa dan yang paling berjaya dari sudut perolehan eksport.
http://farm4.static.flickr.com/3429/3865507138_53a002d926_o.jpg

Filem yang menampilkan pelakon-pelakon dari dalam dan luar negara ini dimantapkan dengan koreografi seni mempertahankan diri yang diterbangkan khas dari Hong Kong.

P/S: aku sebelum ni tak penah tngk citer melayu kat pawagam sbb rase buang duit jer..hehe...but this one?? yes...i'll spend my money on this spectacular movie!!!! i will!!! ;)




  1. Tanpa Nama

    hai,

    saya melihat wayang gambar ni dengan rase teruja dan bangga dengan perkembagan industri perfileman kita pada hari ini.

    Garapan yang menarik dan tiada "Boring" sepanjang saya menonton. cuma kadang kala ada gaya bahasa yang agak tergelincir sedikit dari bahasa klasik kita tapi tak mengapa, ianya tidaklah menjadi kudis/ PARUT :) pada saya secara peribadi.

    kepada "KRU-KRU" Hikayat Merong Mahawangsa ucapan taniah yang BESAR saya ucapakan. semoga selepas ini lebih banyak filem-filem yang berkualiti yang bakal kita keluarkan setanding filem antarabangsa.

    Taniah sekali lagi. :)

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang