Advertiser 2
Ahad, Disember 18, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah


Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus”  – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak  (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah)  dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

0
Rabu, Disember 14, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Sanggup meredah paku demi awek puteh gebu..

Haaa...ni barulah chenta sejati...ade bran?? 

Demi awek puteh gebu sanggup diredahnye paku...
Kalo manusia cakap je..sanggup redah lautanlah..
gunung berapilah..terjun gaunglahh...BUKTIKAN lah kalo betul!!!

Mmg kelasss lah kau kuchengg...korang mampooo??? :p




0
Isnin, Disember 12, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau 
nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

" Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

4
Jumaat, Disember 02, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Herbalife??


lame tak update blog...kali ni entry aku special sket...ade bende baru aku nak kongsinya semua...
korang pernah dengar tak pasal HERBALIFE??? aku sebenarnye mmg xpenah amik produk ape2...dan xpecaye ngan ape2 produk..maklumlah zaman skrg ni mmg bnyk sngt produk yg pelik2,sampailah aku gune sendiri herbalife ni...

secara jujurnye aku baru je kenal herbalife ni 2 minggu...percaya atau tidak aku terus jatuh chenta dngn produk2 herbalife....mana taknye...aku yg seberat 79.4kg yg sememangnya obese bole turun kpd 77.1kg dlm mase seminggu!!! yang menarik dan menakjubkan adalah aku boleh makan tngh hari mcm biasa!!! bygkan menikmati semua makanan tapi still boleh turun badan...tapi breakfast dan dinner diganti dengan pemakanan moden yg dinamakan herbalife ni...seriuously xrase lapar langsung...kalo dah amik mase breakfast....tngh hari of course la lapar....then tngh hari tu ape lagi...aku melantaklah..haha~ then mlm amik lagi sekali herbalife....

Tapi perlu diingatkan RESULT IS ATYPICAL meaning setiap org ade basal metabolite rate(BMR) dia sendiri...mcm aku mmg jenis yg BMR tinggi...so senang sket nak turun berat,pulak2 dngn bantuan HERBALIFE...dan juga aktiviti seseorg tupon mempengaruhi kadar penurunan...dan yg paling penting keinginan diri sendiri...produk ni sebenarnye mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan supaya tubuh berfungsi dengan baik.


Mcm aku...aku mmg saje tngh hari tu makan mcm kebiasaannya...xde diet2....nak tngk betul ke tidak bende alah ni....dan Alhamdulillah selepas seminggu aku turun 2kg....ni xsabar nak timbang untuk minggu ke-2...harap2 another 2kg loss without diet...indahnye hidup aku...haha~
paling penting jugak...lepas turun sampai tahap BMI yg normal berat kita akan maintain je xkan naik...huhu~


Ohh ye lupe plak nak ckp yg herbalife ni sebenarnye bukan produk melangsingkan badan tapi sebenarnye produk ni adalah untuk menjaga kesihatan..tetapi menurunkan berat badan adalah salah satu dari beribu manfaat HERBALIFE ni... :)


Lastly aku nak ckp ape2pon yg kita buat adalah sebagai salah satu usaha...yg memakbulkan adalah Allah S.W.T..tapi Allah xkan bagi sesuatu itu bergolek...jadi usaha dan doa itu adalah keutamaan untuk berjaya...
okeyh...aku pon malas dah nak menaip..korang tngklah sendiri dari segi science ape HEBALIFE ni sebenarnye...



oh ye lupe plak nak tunjuk gambar2 org yg dah berjaya....gambar aku akan menyusul xlame lagi..hehe..tungguuuuuuuuu~




















OH YEE...TERLUPA PLAK AKU...(tak abis2 terlupe..haha..) MCM AKU CKP TADI TERLALU BNYK KEBAIKANNYA SAMPAI AKUPON LUPE NAK TULIS....SBNRNYE HERBALIFE NI BUKAN SAHAJE UNTUK KURUSKAN BADAN...TAPI JUGA UNTUK GEMUKKAN BADAN....PRODUK YG SAME..TAPI CARA PENGAMBILAN YG BERBEZA....

Sbb tu kita xleh ckp yg herbalife ni ade "drugs" yg boleh buat kurus...kalo betul..kenape dia boleh buat org menambah berat tapi dngn produk yg serupa??!! pikir2kan...kalo terase teringin nak cuba...tiada paksaan....boleh add aku di facebook blue_tooth1989@yahoo.com.my..  untuk ape2 pertanyaan...kalo nak...aku boleh hantarkan dalam mase 3 hari bekerja straight ke rumah....tiada paksaan..tapi bagi sesiape yg nak berubah,renung2kan... :)

Khamis, November 10, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

11.11.11 ade ape dengan tarikh ini??

Salam...aku tgnk tarikh 11.11.11 ini dah jadik fenomena kat facebook and twitter...semua org memperkatakan pasal tarikh ini...ape yg specialnye dengan tarikh ini??


Ade yg menyatakan bahawa tarikh ni pernah berlaku pada 11.11.1911 yg mana bnyk perkara2 aneh terjadi. Dikatakan suhu jatuh lebih dari 60F dlm masa satu hari dan di US katenye berlaku taufan dan tornado begitu juga kejatuhan suhu yang mendadak.Di Kansas city pula,pada paginya suhu agak panas iaitu 24C dan kemudiannya dengan mendadak turun sehingga -12C pada sebelah petangnya.
Filem pon ade jugak yg bertajukkan 11.11.11 yg berkisar tentang terbukanya pintu neraka.Filem yg dibuat oleh Darren Bousman ini menceritakan kisah hidup seorg lelaki yg mana keluarganya mati dalam sebuah kemalangan kereta pada pukul 11.11 am dan seterusnya dihantui oleh nombor 11.


Ramai jugak yg mengambil kesempatan untuk kawen pada hari ni...bg aku xde ape yg istimewanya..just senang nak ingt anniversary lah kot...


Dan ade jugak yg ckp akan kiamat pada 11.11.11...dulu org pernah jugak ckp akan kiamat pada 9.9.99...tp terbukti xberlaku pon...


So kesimpulannye aku nak ckp...sebenarnye xde ape yg istimewanya ngan 11.11.11 nih..cumenye...ianya tarikh yg senang diingat...dan xde yg boleh kita ckp membawa bala atau membawa kesenangan pada tarikh ini...cuma org barat biasalah dengan propaganda diaorg..selalu mencari cara untuk menyesatkan manusia..kita sbg org islam jgn la percaya dengan semua dusta yang dikatakan...berkenaan hal kiamat...hanya Allah sahaja yg tahu...kalau Allah nak buat kiamat...bila2 pon boleh....cuma yg istimewanya 11.11.11 nih jatuh pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari...sama dengan hari Jumaat yg lain...


Wallahualam...

Oh...lupe plak nak citer kat mesir nih...the great pyramid giza sampai kene tutup untuk mengelakkan berlakunya ritual seperti yg disebarkan ramai yg akan dilangsungkan didalam pyramid tu..
Antara 3 pyramid tu...pyramid of Cheops adalah yg terbesar dan didalamnya menyimpan jasad firaun Khufu yg satu2nya terselamat dan juga merupakan salah satu 7 keajaiban dunia... beselah kan...bukan mesia je yg terkenal dengan bomoh,sihir dan sewaktu dengannya...di mesir pon ade jugak bende 2 mcm tu.. :)

Ahad, November 06, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

perpustakaan awam di selangor yang bertaraf dunia

Bangunan yang  korang sume tngk pada gambar di atas adalah sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Kalau tngk sekali imbas mesti kita tak jangka yang bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan sebab bangunannya yang nampak sangat mewah.



Perpustakaan ni bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Lepas korang tngk gambar2 kat bawah ni,aku rase perpustakaan ni sememangnya boleh diklasifikasikan sebagai sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Tak percaya?? layanzzzzzzzzzzz....
 
 































 
 
Info tambahan:


- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.


- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.


- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.


- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.


- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple

5
Sabtu, Oktober 08, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Boneka berhantu

Ini adalah koleksi cerita-cerita tentang anak patung yang dihantui dan dirasuk. Adakah mungkin bagi semangat untuk mendampingkan dirinya kepada boneka ataupun untuk menyerang dan "merasuk" anak patung?

Anak patung antik yang biasanya mempunyai banyak sejarah lebih terkenal dengan kisah-kisah mistik ini Ok jadinya jom kita sama-sama dengar kisah misteri anak patung ini.. :)


PUPA  


Sebiji boneka,berbaju biru dan terlekat reben biru pada rambutnya yang dinamakan pupa oleh pemiliknya,seorang wanita. Wanita itu memiliki pupa pada tahun 1920-an sewaktu berusia 6 tahun.

Sewaktu perang dunia ke-2 meletus,pupa hampir musnah.Namun bersama pemiliknya,pupa sudah melalui pelbagai perjalanan bermula dari itali,kemudian ke amerika dan pulang semula ke itali sebelum melintasi negara eropah seterusnya kembali semula ke amerika.

0
Post By: Tan Sri Kroll™

Pengasas apple Steve Jobs meninggal dunia

 

Bagaimana Apple mengubah industri muzik



Steve Jobs, pengasas dan penginovasi yang berwawasan kepada salah satu dari jenama paling berjaya generasi kami, meninggal dunia pada hari Rabu setelah gagal menawan penyakit kanser.
Pemergiannya membangkitkan pencurahan emosi di pelbagai rangkaian sosial dan media antarabangsa yang mengingati peneraju inovasi yang berumur 56 tahun itu untuk kreativiti dan wawasannya.
Selain dari mencipta produk-produk yang mengubah hidup seperti iPhone, Apple memulakan satu siri perubahan dalam industri muzik yang pada masa itu sedang bergelut dengan masalah cetak rompak 'online' atau dalam talian, yang berleluasa pada awal 90-an.


'Memudah-alihkan' Muzik Digital

Jika Walkman Sony membuka pasaran pemain muzik mudah alih, iPod Apple adalah salah satu alat yang telah menggunakan kandungan digital (MPMan F10 adalah yang pertama). IPod generasi pertama diperkenalkan pada Oktober 2001, dan sebelum akhir tahun tersebut, menjual 125,000 unit. Menjelang 2005, 11% orang dewasa Amerika memiliki satu iPod, iaitu berjumlah 22 juta rakyat di Amerika Syarikat sahaja
 
Tamatnya zaman CD
Berikutan peningkatkan dalam adanya alat-alat MP3, CD atau cakera padat muzik menjadi ketinggalan zaman. Untuk syarikat-syarikat rakaman, masa depan mencari suram- ini dilihat apabila semakin banyak kedai-kedai muzik menutup dan jualan-jualan CD semakin merosot. Dengan kemunculan jaringan P2P seperti Napster and Kazaa, muzik menjadi bentuk seni yang semakin menurun dan bernilai rendah. Apple bukan sahaja menukar pengalaman mendengar muzik – membuatnya lebih murah dan mudah – ia juga mengubah cara industri muzik beroperasi dalam tahun-tahun akan datang.

Memerangi Cetak Rompak

Pada tahun 2003, Apple memperkenalkan iTunes Music Store yang membenarkan cara muat turun lagu-lagu yang sah. Model perniagaan ini mencabar muat turun muzik yang haram, sebaliknya menggalakkan syarikat-syarikat muzik untuk menandingi mereka dengan secara langsung. Dalam tahun pertama iTunes Music Store, kedai tersebut menjual 25 juta lagu digital , dan menjelang 2006, mencecah jualan sebanyak 1 bilion.
Hari ini, iTunes menjual setiap lagu pada harga US$1.29 (RM4.08), satu langkah yang menunjukkan kemajuan dalam idea membayar, berbanding dengan secara haram memuat-turun muzik. Katalog muzik iTunes mempunyai 5 juta lagu, 350 rancangan TV dan 500 wayang gambar. Dan cukup ganjil, hanya tahun lepas, lagu ke-10 bilion yang dimuat turun dari iTunes telah dilakukan oleh Louise Sulcer, berumur 71 tahun, membuktikan kedudukan Apple sebagai syarikat teknologi untuk pasaran yang merentasi semua peringkat umur.

0
Selasa, September 27, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

The New Facebook: Hate It or Love It??


In this day and age, technology is constantly evolving. Everyday we are inundated with new features, new interfaces and improved designs that can sometimes make our head spin. Facebook is not exempt from this either and has undergone a lot of major transformations over the past several years. Just recently, Facebook has made some major modifications to its features, and whether you're a fan or not, they are here to stay.


Combined News Feed Layout

One feature that Facebook has changed is its news feed layout. Before, you had two feeds: your "Top News" and "Most Recent News," depending on its relevance to your interests. Also, if you only checked Facebook occasionally, you wouldn't see anything about activities that happened a week ago. Now, the most interesting stories will always be displayed at the top and you won't have to worry about missing anything important.

0
Isnin, September 26, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Legoland Malaysia - The first Legoland theme park in Asia

Legoland Malaysia is a theme park scheduled to open in Nusajaya, Johor, Malaysia in 2012 (next year) with over 40 interactive rides, shows and attractions. It will be the first Legoland theme park in Asia upon its establishment.

The park, which will offer 40 rides, shows and displays of the famous Lego toy bricks of Denmark, is just across the causeway from Singapore, which opened South-East Asia’s first Universal Studios entertainment complex last year .


When completed, Legoland Malaysia will be the sixth of its kind in the world after those in Denmark, Britain, California, Florida and Germany.Malaysian version will be one of three internationally branded theme parks that will operate by 2025 in the Iskandar region, in an ambitious project covering an area three times the size of Singapore.


With these theme parks, a 50km radius spanning Singapore and Iskandar will become like Orlando, Florida, which hosts Disneyland, Universal Studios and SeaWorld.The fabrication of the rides has begun overseas while the construction of the 15,000 Legoland model structures to be displayed at the park has started in Malaysia and abroad.

2
Sabtu, Ogos 27, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Ahli falak Arab yakin raya Rabu

Mahkamah Agung Riyadh arah lihat anak bulan petang 29 Ramadan



JEDDAH: Mahkamah Agung Arab Saudi meminta umat Islam di negara itu untuk melihat anak bulan Syawal pada petang Isnin yang jatuh pada hari ke-29 Ramadan (29 Ogos) dan melaporkan perkara itu kepada mahkamah terdekat jika sesiapa melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau bantuan teropong. 


Mahkamah mengarahkan mereka yang mahu melihat anak bulan terbabit menyertai jawatankuasa itu di setiap wilayah. 

Tamatnya berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri diputuskan dengan melihat anak bulan Syawal.

5
Jumaat, Ogos 26, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Serangga sebagai makanan?? Yummy!!!

Entomophagy adalah tabiat memakan serangga sebagai makanan. Walaupun ia adalah perkara biasa bagi serangga, burung dan haiwan untuk makan sesama sendiri, korang tahu tak bahawa penduduk di beberapa buah negara merasakan bahawa serangga adalah makanan istimewa yang sangat enak?

Kalau korang tinggal di Beijing atau Bangkok, sebagai contohnya, makanan kesukaan korang mungkin cengkerik atau mungkin feveret korang bayi burung pipit, tikus, ular, ataupon mungkin semangkuk sup kala jengking yang enak lagi berkrim?

Hmmmm...ini semua menu lazat yang ada...Yummy!!! (haha) Biasalah pada bulan puasa ni letaklah ape saja depan mata,semuanya sedap(yeke??) Jadi ape tunggu lagi?? pergilah tangkap cengekerik,ular,tikus atau kala jengking cepat-cepat...buat masak lomak cili api pon sodap...           Ok..sebelum korang nak masak tuk berbuka ni aku nak bagi cadangan sedikit ape jenis masakan yang korang boleh cuba...layannzzzz...





serangga kering..ala2 keropok kering...bolehlah dihidangkan masa raya nanti!!!

yang ni rasenye yang dah disira...pedas2 manis gittew..haha~

2
Rabu, Ogos 24, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Burj Al Arab Hotel - world's most luxurious and the only 7-star hotel

Burj Al Arab Hotel, Dubai, which was opened in 1999, is unofficially billed as a 7-star hotel and is the world's most luxurious and tallest hotel.

Designed to resemble a billowing sail, the hotel soars to a height of 321 metres, dominating the Dubai coastline. The hotel's own website describes it as the best in the world. With your chauffeur driven Rolls Royce, discreet in-suite check in, private reception desk on every floor and a brigade of highly trained butlers who provide around-the-clock attention, this hotel promises the finest the world has to offer.


Here are a selection of pictures to give you a taste of what you can look forward to as a guest.


Atrium

 Al Mahara Restaurant

4
Post By: Tan Sri Kroll™

Pakaian zaman sekarang


Ok...aku xde niatpon nak malukan dia ke ape ke...lagipon muke xnampak kan?? Ni gambar sorang pompuan kat pasaraya...point yg aku nak ckp kat sini ialah... dia ni mcm nak memalukan agama sendiri je...malulah ngan bangsa lain...aku berani ckp 100% kalo org bukan islam tngk akan tertanya2 "ehhh?? adeke pakaian org islam mcm ni??"Org berdua yg ckp ngan minah ni xmalu ke yek berkawan dngn org mcm ni?? kalo akulah rase mcm nak pecah muke malu...


Ya Allah malunyelah....pelikkan..mane rase malu dlm diri diaorg ni...aku rase tudung tu dipakai sbb trend mase skrg pakai tudung...even we can see lah artis skrg ramai pakai tudung..mane yg betul tu oklah Alhamdulillah...tp mane yg ikut trend tu xtaulah nak ckp ape...tp harap2 dptlah hidayah dari Allah...

Honestly aku rase dia ni betul2 dah menghina agama islam...xkan la jahil sngt kot tentang cara2 nak tutup aurat...even katakanlah kalo jahil kan...buta ke xleh tngk keadaan sekeliling mcm mane wanita islam yg lain berpakaian...

Aku rase remaja skrg ni kurang ilmu agama...mane taknye ceramah2 bukannya nak dngr..kalo dngr mungkinlah akan terdetiklah jugak perasaan takot tu..ini mmg seronok dlm dunia mereka sendiri tanpa peringatan...hmmm...ape2pon kita doakan lah minah ni dpt hidayah daripada Allah...moga2 dia kembali ke jalan yg benar...


Lastly aku nak ckp...tolonglah!!! sedarlah!!! dunia dah nak kiamat!!! berubahlah wahai manusia!!!

Jumaat, Ogos 19, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Mentakab Star City

Mentakab Star City

Located in Taman Rimba, Star City is an under-construction large scale project undertaken by a private developer from Kuantan namely Sistem Duta Sdn Bhd, a subsidiary body of Kinsteel Bhd,owned by Tan Sri Dato' Pheng Yin Huah, a steel industry tycoon in Malaysia. Mentakab Star City consists of a three storey with two lower ground basement shopping complex and 168 units of two
storey shop, linked by sky bridge to the shopping complex itself.

Golden Screen Cinemas (GSC) had finalised their decision to penetrate the Pahang central market via this project which means it will subsequently boost the local lifestyle and provides even more job opportunities.

The project is currently under the advance stage of construction and estimated to be completed by the September of 2011.Ohhh...guys did u know that Mentakab was once considered by the state government in the year 1901 to be the new centre of all administrative works in the state of Pahang?? However, due to a problem of uneven land, kuantan was to be the new capital of Pahang..Hmmmmm..... 
-----------------~UPDATED~-----------------

Lower Ground Floor (LG)
Food Court, myNews.com, Some Mentakab local retailers

Ground Floor (GF)
Pacific Superstore, McDonald's, Sushi King, Kenng Rogers, Big Apple, Bread Story, Hong Kong Char Chan Tank, Pizza Hut, KFC, Tutti Frutti, Little Taiwan, Caring Pharmacy, The Orginal Shop, Tomei Jewelry, Bolton Optical, Fotokem, Time Galarie, OK Optical, Eu Yan Sang, KEMC Jewelry, Habib Jewelry, Noodle Station, Chicken Rice Delight, Shabu Shabu, Watsons, RHB, Hot & Roll, Shilin, Takashima, Ogawa, Aussino, Chatime, 1901

First Floor (FF)
Pacific Departmental Store, Popular, Anakku, Sox World, TF Hair Beauty, Vincci, Le Boutique, PDI, Hush Puppies, First Lady, Pets' More, 101 Haircare, Brands Outlet, Slimming Saloon, Li Ning, Al-Ikhsan, Adidas, RSH, Bata, Renes, Azze Fashion, Tropicana Life, The Face Shop, SASA, Etude House, Converse, Everlast, Vern's, Pink Lady, Bras & Things, Giordano, Scholl, XES, Mom's Care, RA Fashion

Second Floor (SF)
Golden Screen Cinema (GSC), IT Hyperstore, Capcom Station, IT City, Mega Electrical, Song Box (Karaoke), Bowling Court (30 lanes), CSL, Sony Ericsson, PM Communication, APEX, AOE, Uncle Ali Café, Each A Cup, Ayam Ria, Living Cabin, Speed ​​Marketing, Fresh Geaf, The One Group, Daily News, Tokutokuya.
And here some info about the GSC..


GSC Mentakab Star Mall will be equipped with 6-screens, seating capacity of around 1,000 seats. The 6-screen multiplex will be located in 2nd floor of Mentakab Star Mall, strategically located in Mentakab Star City ("MSC"), 2km from Mentakab town centre. Opening date to be confirmed.

GSC Lite denotes GSC's cinema entertainment magic set in a lighter, modest and accessible manner to cater to the smaller market centres without sacrificing the effects of big screen and digital sound similar to those offered at GSC cinemas.This approach allows GSC's customers to enjoy the cinema-going experience at competitive prices.

 

0
Selasa, Ogos 16, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

info mengenai penipuan kad kredit


Ok..kali ni aku nak citer pasal penipuan kad kredit...bukan ape..aku rase bende ni dah semakin membahayakan dan skrg ni terlalu ramai yg pakai kad kredit...xpayah nak keje hebat2...sume org dah boleh pakai kad kredit...so ini adalah peluang emas bagi Sindiket2 penipu kad kredit nih..
So aku nak bgtau beberapa cara penipuan mereka...tp untuk makluman, ini adalah 10% je...ade 90% lagi cara untuk diaorg menipu...
Antaranya ialah:


1.Panggilan telefon

Si penipu membuat panggilan telefon kononnye dari bank sekian-sekian dan memberi tahu si mangsa yang dia ade hutang kad kredit RMxxxxxxxxxx,so yg mangsa ni gelabahlah kan...mane taknye si penipu siap bg name,no ic alamat,dan sume2 lah info pasal diri kita untuk meyakinkan kita dia dari bank...so dia kate tolong telefon BANK NEGARA dan dia bg nombor palsu...then bila kite tepon bank negara operator palsu tu akan ckp ade kemungkinan sume kad kredit kita yg lain akan  di clone...so dia mintak sume number kad kredit,no pin...sbb katenye nak block...lepas je diaorg dpt sume tu..proses trasnfer duet akan berlaku dlm beberape saat je...ohh..lagi satu..selalunye diaorg akan membuat panggilan dari luar negara..tp ade software/hardware yg boleh buat nombor yg kuar adalah nombor m'sia...
 

Cara menanganinya: JGN PERCAYA TERUS...pegi ke bank dan minta statement tentang hutang yg kononnye beribu2 tu..dan selalu persoalkan org yg menelefon tu dan tanye data diri kita kat dia...jgn terima bulat2..ni yg ayah aku buat mase dia kene dulu...

2.Melaluli Posmen


Sindiket ni akan menggunakan posmen untuk memintas kad kredit mangsa dan posmen tu akan dibayar upah antara RM50 sehingga RM100(bodoh kan?? kalo beribu2 berbaloi jugak..) ok...lepas tu sindiket tu akan keluarkan cip yg ada pada kredit kad asal dan letak pada kredit kad palsu...dan kredit kad asal akan ditampal dengan cips yg palsu dan dihantr terus kepada pemilik secara pos...
Lepas tu dalang yg bekerja kat JPN akan sahkan identiti sebenar pemilik kad kredit tu sebelum kad tu disahkan dan seterusnya digunakan oleh sindiket tu...

Cara mengnganinya: Ini xde ape yg kita boleh buat sbb melibatkan system pengahantaran...dan xdpt dikesan sbb kad kredit tu mmg sampai kat kita....tapi xpe...disebabkan ini bukan salah kita..pejabat pos m'sia@ bank akan bertanggung jwab 100% keatas ape yg berlaku....

3.Email (Phishing technique)


Ok...cara yg ni pula akan dijalankan dngn menghantar email kpd si mangsa dngn ayat2 yg meyakinkan supaya mangsa meng"klik" link yg telah diberi yg membawa mangsa kepada page yg exactly same as bank website tapi sebenarnye adalah page palsu..bila mangsa masukkan password,no pin dan sebagainye...sume data tu akan dihantar terus kpd si penipu...dan skrg diaorg dah ade access kpd sumenye dan boleh transfer duet dgn mudahnye...selalunye ini membabikan KAD ATM....

Cara menanganinya: JGN SESEKALI KLIK APA2 LINK DARI EMAIL..tapi sebaliknya taiplah sendiri alamat web bank tu...jgn gunekan link yg diberi.. :)

4.Datang dengan membawa hamper 


Bg aku yg ni mmg berani...dia akan dtg bawak hanmper dan ckplah kita menang ape2...then dia kata sbg fee kene bayar RM3.50 tp kene gune kredit kad tuk byr...bila kita swap je kredit kad kita kat mesin dia...sume data kita akan diambil dengan mudahnye..inilah dinamakan technology...

Cara menanganinya: JGN MUDAH PERCAYA DNGN HABUAN YG DALAM BERGOLEK...xde kat dunia ni yg free...kalo bende yg dtg tiba2 senang sngt...tolonglah jgn percaye...nothing free in this world!!!

So last sekali aku nak pesan,simpanlah resit pendua lepas kita gune kat kredit dan check each of them bila dpt statement  nnt..kalo ade pihak ketiga yg gune kita boleh detect..so bank xkan suruh kita bayar....diaorg yg tanggung... :)

Akhir kata....BERHATI-HATILAH...pulak2 waktu nak raye ni bnyk gune kredit kad!!!


0
Khamis, Ogos 11, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

kenapa wanita perlu cemburu dengan bidadari di syurga??



Ok..kali ni aku nak kongsi email yg best aku dpt mengenai bidadari dan kehidupan disyurga...best!!! bace sampai habis!!! ^_^


"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah  pada sekitar awal 90-an.

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Apa puncanya sampai kuar soklan mcm tu??

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Pernah ada ustaz ni sebut..."Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Ok ni jawapan kpd soklan datin tadi oleh ustaz yg bg ceramah tu...

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wani ta.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wani ta yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang ke mas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! 

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang m ina h yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada e mas ; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan mas uk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas .

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas , agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang ke mas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas !

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

4
Ahad, Julai 31, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Piano,fruit carving,melukis,origami...



Penah tak korang rase ape yg sebenarnye korang patut jadik tp akhirnye arus yg menentukan segalanya...rase mcm nak cipta time machine dan pegi semula ke mase lepas...tp ini sume yg Allah rancangkan...perancangan Allah itu adalah yg terbaik..Allah tahu ape yg terbaik tuk kita....


Dulu mase kecik2 bila cikgu tanye aku nak jadik ape...aku tipu sbb sebenarnye aku xde cita2...mungkin cita2 tu ade tp aku xsedar kewujudannye....


So korang mesti taukan ape maknenye piano,fruit carving,melukis,origami yg aku gunekan sebagai tajuk tuk post nih kan??? tu sume ape yg aku minat...aku just discover my true hobby or perhaps i can say...my TRUE AMBITION!!!




Piano?? dlm bnyk2 yg aku listkan tu yg paling aku minat adalah piano...aku mmg giler piano tapi xde bnyk peluang untuk berlatih..penah amik kelas sekali je..tp oklah dpt bace notes walaupon merangkak2...yg selebihnye aku belajar dari tenet...sekarang ni bolehlah main 2-3 lagu...nak lebih2 xdelah,sbb bg aku bende ni sedikit complex..tp hasrat untuk belajar lagi tuh masih ade... :)




Fruit carving?? haaaa...yg ni aku dah berjaye mencapainye...mcm yg aku dah penah citer dlm post sebelum nih aku dah cube buat waktu akak aku kawen...puas hati boleh kuarkan seni yg meronta2 nak kuar nih...hahahaha~




Melukis?? yg ni aku sebenarnye xpandai sngt nak lukis..tp aku pandai tiru lukisan...xkiralah yg atas ketas ataupon yg real....dan bila dibagi ape2 bentuk aku boleh jadikannya sesuatu...selalunye waktu lecture lah aku gune ability aku yg nih..haha..maklumlah lecture bosan...bglah ape2 bentukpon sumenye boleh ditukar kepade sesuatu yg pelik ataupon normal...




Origami??? yg ni aku suke semenjak aku kecik  lagi..ingt lagi aku bg origami yg petame 'swan' kpd cikgu sains mase sekolah rendah...xtaulah cikgu tu ingt aku ke tak lagik...lepas tu mcm minat aku untuk buat origami terpendam jauh didasar otak...tp baru2 ni ade sesuatu yg trigger minat aku tuk kembali...aku terjumpa video kat youtube pasal origami...seriously i tell you..aku impressive giler ngan hasil kerja dia...aku tiru satu buat seahorse dan berhasrat nak buat sumer tp same jugak mcm piano, xde mase...percayalah dunia origami sngt mengagumkan..xpecaye?? cube google...


so aku rase aku baru je tau ape course dan mase depan aku yg patut aku amik mase dulu..iaitu "ART"....tp aku rase dah terlambat kot....sbb aku dah 3 tahun terjebak dlm dunia medic nih..tapi bg aku bila kita dah mulakan sesuatu tuh kita kenelah cuba sedaya upaya untuk habiskan walau apepon berlaku...


So Wish me Luck!!! ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang