Advertiser 2
Khamis, Jun 03, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Sukarelawan Malaysia atas kapal Rachel Corrie tekad teruskan misi



Pengalaman ngeri 12 sukarelawan Malaysia yang ditawan tentera Israel yang menyerang flotila bantuan kemanusiaan untuk Gaza Isnin lalu tidak melemahkan semangat satu lagi kumpulan sukarelawan negara yang berada di atas kapal Rachel Corrie yang sedang menuju ke destinasi sama. 

Sebaliknya wakil pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, dalam satu kenyataan hari ini, berkata mereka sudah lebih daripada bersedia untuk meneruskan misi menghantar bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza.

Katanya, mereka lega mendengar berita mengenai pembebasan kumpulan rakyat Malaysia yang ditawan itu, namun pada masa yang sama turut bimbang apabila mendengar mengenai layanan yang diterima.


"Kami berharap tidak akan melalui pengalaman serupa tetapi pilihan itu sebenarnya bukan di tangan kami. Kami bersedia menghadapi apa jua keadaan yang menanti dan bertekad untuk meneruskan misi ini. Setiap orang di atas kapal ini nampak penuh bersemangat," katanya bagi pihak sukarelawan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie. 



Beliau berkata, mereka berharap dengan tekanan antarabangsa dan sokongan pelbagai kerajaan, kapal itu akan diberikan laluan yang selamat ke Gaza. 



Sementara itu, 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan oleh tentera Israel sebelum ini kini berada di Jordan dan dijadualkan kembali ke Malaysia Ahad ini. 

Pada 30 Mei lalu,s tiga kapal dari PGPO termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza. 
Selain Shamsul, turut berada di atas Rachel Corrie adalah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang, dan dua wakil TV3. 

Dua lagi kapal PGPO adalah "Challenger 1" dan "Challenger 2".

Penaung Perdana Global Peace Organization (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kapal yang membawa misi bantuan tajaan PGPO terpaksa mengambil risiko meneruskan pelayaran ke Semenanjung Gaza bagi mencapai matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, biarpun tentera Zionis melakukan serangan ke atas kapal Mavi Marmara sebelum ini, kapal itu tetap meneruskan pelayaran dan kini hanya berada 36 jam dari destinasi.

"Saya suruh teruskan ke Gaza tetapi sekarang kita dapati Yahudi, kalau dia ambil tindakan pun, orang tak buat apa kat dia. Saya takut itulah, dia (tentera Israel) akan cuba tahan,"Kita terpaksa ambil risiko. Saya harap dia tak ambil tindakan ganas, bunuh orang."


PGPO menghantar tiga kapal untuk menyertai konvoi Flotilla Pembebasan bagi menghantar bantuan kemanusiaan termasuk perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza. 

Dr Mahathir sebelum ini mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap Israel yang menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. 

Beliau berkata, tindakan itu tidak wajar kerana kapal terbabit berada dalam perairan antarabangsa dan dinaiki aktivis pelbagai negara yang tidak dilengkapi sebarang senjata tajam seperti dakwaan tentera Israel. 



SUMBER: BERITA HARIAN



  1. aya

    semoga diorg selamat ;)

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang