Advertiser 2
0
Ahad, Jun 06, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Pengalaman Aktivis yang Menyertai Flotila Misi Penghantaran Bantuan Kemanusiaan ke Gaza.

ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin


"Kami tidak sangka dapat keluar dari Israel seawal ini. Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi. 

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel),"


"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal. 

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu. 
Beliau turut memberitahu tiga rakan aktivis, Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias, telah ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha. 

penggunaan peluru getah itu sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara. 

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja. 

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal. Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh. 

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa...tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya. 

Beliau berkata, ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru. 

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan. 

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia." 

Malah, katanya, seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya. 

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat- maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas. 




Ashwad (pemberita astro awani) & Shamsul Kamal Abdul Latip jurukamera Astro Awani

"Israel memang pandai dengan deraan mental. Fizikal tidak diapa-apakan tetapi mental diasak daripada pelbagai sudut. Kita di Malaysia jarang melawat penjara, tak pernah pun masuk penjara, tapi ini di Israel. Berada di situ sudah cukup terseksa, inikan pula menghadapi tindakan kejam mereka,"

"Kami terpaksa berjemur di tengah panas di atas kapal Israel selama 15 jam sebelum tiba ke Pelabuhan Ashdod. Pada masa itu nak minum pun susah...kawan-kawan cuba memberi minuman dalam keadaan tangan masing-masing terikat. 


"Barang-barang pula seperti kamera dan peralatan lain turut dirampas. Kami ingat tak dapat balik tapi pejabat yang menguruskan barang rampasan kemudiannya memulangkannya semula kepada kami. Malangnya ada peralatan tersebut yang sudah rosak akibat dirampas dengan kasar oleh tentera Israel," 

Apa kata PM???

Malaysia akan meneruskan usaha bersama masyarakat antarabangsa bagi memaksa Israel menamatkan kezaliman terhadap rakyat Palestin, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mahu tekanan diplomatik terhadap Israel ditingkatkan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang boleh menamatkan kepungan terhadap Gaza.

"Tindakan susulan mesti kita lakukan, kita tidak mahu sekadar satu usul yang mengutuk Israel tetapi tindakan yang boleh membawa perubahan.

Ini yang kita nak, bukan setakat berhenti dengan usul tetapi tindakan dengan PBB supaya Israel tidak lagi membuat tindakan begitu zalim terhadap rakyat Palestin," katanya dalam temubual secara langsung bersama TV3 di kediamannya di sini sebentar tadi.

"Apa yang dilalui mereka bukan saja menyayat hati tetapi akan membuat mata rakyat Malaysia dan dunia mengenai kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita sekadar baca dan lihat di kaca televisyen...," katanya.

Merujuk bukti kekejaman komando Israel membunuh sembilan sukarelawan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di atas kapal Mavi Marmara itu, Perdana Menteri berkata ia bukan saja satu bentuk keganasan tetapi contoh sebenar takrifan keganasan yang ditaja negara.

"Hakikatnya, kumpulan yang tiada senjata diserang tanpa perasaan sama sekali dan ditembak dengan senjata dari jarak dekat. Malah ada yang ditembak dari belakang, ini 'cold blooded act of killing' (pembunuhan bersahaja) yang dilakukan komando Israel atas arahan rejim Tel Aviv," katanya. 


SUMBER: BERITA HARIAN



This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang