Advertiser 2
5
Isnin, Mei 31, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Israel menyerang kapal bantuan ke Gaza,3 orang terkorban dan 30 lagi cedera parah




PUTRAJAYA: Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad, mengutuk tindakan 
Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza hari ini.

“Saya amat marah dengan pencabulan pasukan Israel terhadap orang yang tidak bersenjata. Saya pasti Israel akan kata orang ini membawa banyak senjata. Ini tidak masuk akal.
“Kami telah pastikan bahawa semuanya bukan pejuang dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari Amerika dan Eropah.


“Niat mereka sebenarnya untuk belayar dengan kapal bagi menghantar bekalan ke Gaza. Mereka tahu bahawa Israel akan menghalang mereka tapi kami tidak jangka bahawa Israel akan menggunakan kekerasan termasuk menembak dengan peluru hidup.


“Israel mendakwa orang ini mempunyai banyak objek-objek tajam. Saya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan objek-objek tajam,” katanya pada sidang media di sini petang tadi.

Pada mulanya, misi armada kecil itu mengandungi sembilan kapal yang dianjur kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki.

Sebuah daripada kapal itu, Mavi Marmara, diserang tentera Israel pagi ini, berdekatan Gaza, dengan dua rakyat Malaysia - seorang wartawan dan seorang jurukamera daripada Astro Awani - berada di atas kapal itu. 
Nasib kedua-dua mereka masih belum diketahui. Bagaimanapun, enam wakil PGPO selamat kerana mereka berada di atas kapal lain.

Dr Mahathir berkata, arahannya kepada wakil PGPO untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika terdapat amaran daripada tentera Israel.

Sambil mengemaskini lokasi tiga kapal PGPO, bekas Perdana Menteri itu berkata mereka masih berada di Mediterranean dalam perjalanan ke Gaza.

Dr Mahathir berkata, dua kapal mengalami kerosakan dan ini menyebabkan mereka ketinggalan jauh di belakang untuk menyertai enam kapal yang lain yang berkumpul lebih awal di Cyprus.

“Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mereka (kapal-kapal Malaysia) boleh tiba di Gaza," katanya.

Apabila ditanya mengenai mesejnya kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berikutan insiden itu, Dr Mahathir berkata: 

"Beliau boleh membuat janji semasa pilihan raya seperti di Malaysia juga. Terutama apabila kamu fikir bahawa kamu tidak akan menang, pelbagai janji dibuat. Apabila menang, janji itu tidak dapat ditunaikan.

"Sebelum inipun saya pernah sebut. Saya tidak fikir Obama mampu berbuat apa-apa terhadap Israel kerana dia dilaporkan mendapat restu IPAC, kumpulan pelobi Yahudi, bahawa dia akan terus menyokong Israel."

Sebelum ini, Obama menyebut bahawa beliau mahukan kawasan Asia Barat yang stabil dan makmur dan ia memang di dalam perhatian jangka panjang Amerika Syarikat mengenai keselamatan dan ekonomi.

Sementara itu, Majlis Perundingan Melayu bersama dengan 126 pertubuhan bukan kerajaan akan mengadakan demonstrasi secara aman bagi menyerahkan nota bantahan mengutuk serangan tentera rejim Zionis Israel itu di kedutaan Amerika Syarikat pada 11 pagi esok.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata solat hajat dan tahlil akan diadakan di Masjid Kampung Baru pada 7.15 malam esok di mana Dr Mahathir dijangka turut serta.

Ibrahim berkata, oleh kerana Malaysia "tiada hubungan diplomatik dengan Israel, kehadiran Duta Amerika Syarikat membolehkan nota ini juga dihantar kepada Perdana Menteri Israel."

Katanya, Israel telah menjadi angkuh dan sombong kerana mendapat sokongan kuasa-kuasa besar termasuk Amerika Syarikat.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang membantah kezaliman untuk turut serta dalam demonstrasi aman tersebut," katanya 

Antara badan bukan kerajaan yang akan terbabit dengan demonstrasi itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).



sumber: BERITA HARIAN

~ulasan~



nampak sngt Israel ni rejim yang zalim dan tidak langsung menghormati undang-undang..undang2 antarabangsa plak tuh...kalo undang2 jgn buang sampah tepi jalan aku rase boleh lagi dimaafkan.. ni sampai ade yg terbunuh...dan yg terbunuh tu adalah sukarelawan..bukannya pejuang...dan xde satu senjata pon yg diorg bawa..so ape gunenye undang2 kalo diaorg boleh buat semuanya sesuka hati??? kalo dunia kali ni tak ambil ape2 tindakan mmg lerrrr..aku bagi "fuuton rasen shuriken",takpon aku bg "Amaterasu"(peminat naruto shaja dpt menyahkodkan ayat2 tu ^_^) aku geramm betul...tapi ape yg aku leh buat adalah berdoa minta Allah lindungi mereka semua...dahla mesir ni dekat ngan israel....patotnye askar2 mesir turun tuk lindung konvoi ni...ape salahnye kalo bertujuan tuk melindungi..dah sampai gaza...balikler..


apa kata korang???



  1. manusia

    mmm...mmg...akupon bengang giler ngan israel nih..dah bnyk bende jahat dia buat..tapi still lagi tak dpt balasannye..

  1. skit bile dgr..ad sumber katenye kat msia besok nk wat demostrasi besar2n..tak tau la..n kat london pun wat demonstrasi.cmner keadaan kat mesir?

  1. Tanpa Nama

    ish...trk betol...owg nk g bg bekalan jew pon....2 pon nk serang ag...pe la bodoh sgt...mesir xde cite pon nk wat demonstrasi...yg ade dgr juz dak2 melayu wat solat hajat...kew ade???huhu

  1. juma~ ooo..oklah kalo mcm tu..tunjukkan sket ketidaksetujuan kita...mesir?? budak2 melayu ade buat solat hajat..tp org arab..entahh..xtau la plak kalo kroll tak tau....

    anonymous~ a'ah..mmg bodoh..rase lebih lagi dari tahap bodoh...rase xde kot..tp xtaula..

  1. Tanpa Nama

    kerajaan Malaysia juga harus segera bertindak.Sidang tergempar parlimen harus diadakan untuk membincangkan langkah untuk menyelamatkan 12 orang rakyat Malaysia yg berada dalam Mavi Marmara yg sehingga kini
    tidak diketahui nasib mereka.kalau tak silap 20 org mati dibunuh dalam kapal itu,dan 50 org cedera.dan terbaru kapal mavi marmara itu telah dikosongkan.Israel bukan sahaja bunuh rakyat palastin,tp rakyat antarabangsa.PBB dan OIC juga perlu ambil tindakan.Kerajaan malaysia juga harus menghentikan segera perkhidmatan APCO word wide yg dikatakan punya kaitan dengan Israel.RM 77juta setahun dibazirkan untuk APCO.

    ~legACY pAKMAT

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang