Advertiser 2
0
Khamis, Disember 16, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

WikiLeaks dedah telex rahsia antara kerajaan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat mengenai Malaysia



Beberapa telex rahsia antara kerajaan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat mengenai Malaysia didedahkan oleh Wikileaks.. Antara laporan-laporan mengenai pendedahan ini ialah:


AFP
"The Australians said that Singapore's intelligence services and (former prime minister) Lee Kuan Yew have told ONA (Office of National Assessments) in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'," the cable read.
http://www.mysinchew.com/node/49390


SYDNEY MORNING HERALD
Malaysia is in a "confused and dangerous" state due to incompetent politicians.
http://www.smh.com.au/national/sodomy-charges-were-a-setup-20101211-18ti0.html


THE CANBERRA TIMES
Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim's sodomy charges are the result of a ''set-up job'' which the politician ''walked into'', according to an assessment by Australia's peak intelligence agency.
http://www.canberratimes.com.au/news/local/news/general/sodomy-case-a-setup-leak/2023245.aspx


HINDUSTAN TIMES
As such, "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous," fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore, Kausikan was quoted as saying.
http://www.hindustantimes.com/Singapore-diplomat-calls-India-stupid-Leaked-papers/Article1-637461.aspx


TEMASEK REVIEW
He added bluntly that the “lack of competent leadership is a real problem for Malaysia” and cited the need for Najib to “prevail politically” in order to avoid prosecution in the sensational murder case of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
http://www.temasekreview.com/2010/12/12/wikileaks-singapore-diplomats-told-us-officials-malaysia-lacks-competent-leadership/




WikiLeaks dedah kenyataan diplomat Singapura

Nota sulit tuduh kepemimpinan Malaysia amal rasuah

SINGAPURA: Kabel WikiLeaks semalam mendedahkan beberapa kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin negara Asia, termasuk Malaysia, yang dianggap mengamalkan rasuah, tidak cekap atau bodoh. Nota sulit diplomatik disalurkan oleh laman itu kepada kumpulan media Fairfax Australia mengandungi penilaian tidak menyenangkan mengenai tokoh utama di Malaysia, Thailand, India dan Jepun.


“Kepemimpinan tidak cekap adalah masalah besar kepada Malaysia,” Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Bilahari Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi Asia Timur, David Sedney dalam kabelnya bertarikh September 2008.

Justeru, ‘keadaan di negara jiran, Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya,’ dan ‘kemungkinan jelas boleh berlaku konflik perkauman’ yang menyaksikan golongan etnik Cina ‘melarikan diri’ dari Malaysia dan ‘membanjiri’ Singapura, Bilahari dipetik sebagai berkata.

Seorang lagi pegawai, Peter Ho, dilaporkan menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘seorang oportunis’ yang ‘tidak teragak-agak’ mencari kesalahan Singapura jika beliau ‘perlu melakukannya’.

Bilahari juga bersikap kritikal terhadap kerajaan Thailand dengan melabel perdana menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra sebagai pemimpin yang ‘mengamalkan rasuah’, di samping ‘sesiapa saja, termasuk pembangkang’.
Beliau berkata Thaksin ‘tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh’, dan memberi amaran mengenai ketidakstabilan di Thailand.

Dalam satu lagi memo pada 2009, duta bebas Singapura, Tommy Koh – yang selalunya bersopan dan berhemah di khalayak – membuat teguran tidak menyenangkan mengenai Jepun dan India.

“Koh menyifatkan Jepun sebagai ‘pihak yang sentiasa tewas’ dalam penambahbaikan hubungan di antara China dan ASEAN,” menurut kabel yang dibocorkan, memperincikan mesyuarat di antaranya dan pegawai AS.

“Beliau berkata kejatuhan Jepun di rantau berkenaan berpunca daripada kebodohan negara itu sendiri, kepemimpinan teruk dan kurang berwawasan,” katanya.

“Beliau juga tidak menunjukkan belas kasihan kepada India, apabila menyifatkan ‘kawasan bodoh India’ sebagai ‘separuh masuk ASEAN dan separuh lagi keluar.’

Tiada reaksi segera daripada kerajaan Singapura berikutan pembocoran itu, tetapi akhbar Straits Times yang prokerajaan memetik kenyataan kontroversi itu dan menyiarkannya dalam laman webnya. – AFP

INFO


  • WikiLeaks adalah organisasi yang menggunakan laman web untuk membocorkan dokumen sulit, rahsia kerajaan dan syarikat korporat.



  • Laman web itu yang dilancarkan pada 2006 dan beroperasi dari Sweden, menerima maklumat sulit daripada pelbagai pihak yang dirahsiakan.


  • Pada Julai 2010, Wikileaks membocorkan lebih 76,9000 dokumen berkaitan Perang Afghanistan sebelum menyiarkan hampir 400,000 dokumen mengenai Perang Iraq, dua bulan lalu.


  • Pengasasnya, Julian Assange kini ditahan di Britain bagi kesalahan mencabul dua wanita Sweden.

  • ~BERITA HARIAN~


    WikiLeaks sahkan Singapura terus cemburu Malaysia, kata Ibrahim Ali

     
    KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim mendakwa pendedahan WikiLeaks mengenai penilaian Singapura tentang iklim politik Malaysia mengesahkan sikap iri hati berterusan republik itu terhadap negara ini.



    Pada sidang media pertama selepas kembali daripada cuti sakit selama dua bulan ekoran pembedahan jantung, presiden Perkasa itu berkata, Singapura sudah lama menyimpan dendam terhadap Malaysia.
    Justeru katanya, kenyataan pegawai-pegawai kanan Singapura sebenarnya menunjukkan “belang” sebenar republik itu yang berpisah dari Malaysia pada 1965.


    “Saya yakin bahawa mereka  (Singapura) sebenarnya cemburu dengan Malaysia kerana mereka tidak gembira dalam banyak hal.
    “Saya tidak terkejut dengan laporan WikiLeaks mengenai Singapura... mereka yang sebenarnya mengamalkan  politik sempit,” kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.


    Merujuk kepada pendedahan itu, Ibrahim juga mendakwa Singapura mempunyai kepentingan diri untuk menyebabkan keadaan huru-hara di Malaysia.


    “Mereka hanya mahu menyebabkan keadaan huru-hara di Malaysia sebab mereka tidak berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian Malaysia,” kata Ibrahim.

     
    Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.


    WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.


    ~BERITA HARIAN~



    Info WikiLeaks tak jejas hubungan negara jiran, kata Singapura
    Kabel yang dibocorkan oleh WikiLeaks menunjukkan Singapura mengutuk negara-negara jirannya. — Foto Reuters


     SINGAPURA, 13 Dis — Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.



    “Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar.


    “Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini,” kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan “bukan cakap-cakap atau mengumpat”.


    Jurucakap itu menjawab pertanyaan media mengenai laporan akhbar Australia mengenai kabel Kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks semalam.


    Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.


    “Laporan akhbar itu berdasarkan interpretasi Amerika Sayrikat mengenai perbualan sulit yang tidak memberikan konteks sepenuhnya, dan dalam sesetengah kes, adalah daripada sumber pihak ketiga,” kata jurucakap itu.


    “Sebagai prinsipnya, kementerian itu tidak mengulas mengenai kebocoran itu,” tambah beliau.
    Ditanya jika beliau menjangkakan bahawa laporan WikiLeaks seterusnya akan mengandungi komen yang kritikal mengenai Singapura oleh negara-negara lain, jurucakap itu berkata: “Beribu-ribu kabel bocor daripada perwakilan diplomatik Amerika Syarikat di seluruh rantau kita.


    “Saya sangat terkejut jika Singapura bukan menjadi perkara sekurang-kurangnya sesetengah daripada mereka. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kementerian tidak mengulas mengenai kebocoran itu.”


    “Singapura menganggap kebocoran maklumat sulit sangat serius dan tidak akan bertolak ansur,” tambah jurucakap itu.


    ~BERITA HARIAN~



    This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

    Thank You for Your Incredible Support.

    Related Posts with Thumbnails
    Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
    Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang