Advertiser 2
7
Rabu, Oktober 27, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia

Manusia yang telah diberi akal fikiran untuk berfikir tetapi ada juga yang tidak menggunakan akal sebaik-baiknya.Pernikahan merupakan penyatuan dua insan dengan satu ikatan. Kenyataannya pernikahan manusia dengan benda juga terjadi. Pernikahan ini boleh disebut pernikahan ajaib dan pernikahan aneh. Namun ia lebih sesuai dengan Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia...


(PERKAHWINAN DENGAN MENARA EIFFEL)

Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.

(PERKAHWINAN DENGAN DIRI SENDIRI)


Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan.Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.

(PERKAHWINAN DENGAN BANTAL)

Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun. Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri kartun 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

(PERKAHWINAN DENGAN WATAK DALAM GAMES)

Seorang "otaku"(istilah yang secara kasar diterjemahkan sebagai "obsesis" atau "nerd"),27 tahun,yang menggunakan username dalam permainannya sebagai "Sal 9000" berkahwin dengan watak Nene Anegasaki dari video game Nintendo DS virtual dating Love Plus.Pernikahan itu disiarkan secara langsung di Internet, Sal 9000 memakai tux putih dan membawa video game konsol portabelnya yang memaparkan Nene. Setelah mengucapkan sumpahnya, Sal mencium pengantin wanita di depan ribuan penonton online.


(PERKAHWINAN DENGAN KERETA)

Warga Washington Edward Smith mengaku bahawa dia mempunyai hubungan dengan lebih daripada 1,000 kereta sejak ia berusia 15 tahun. Katanya teman wanitanya pada masa sekarang adalah Vanilla, sebuah VW Beetle 1974 putih. walaubagaimanapun dia tidak sendirian dimana seorang lagi lelaki UK,Witham Jordan,20 tahun juga telah jatuh cinta dengan VW Beetle 1967 putih.


(PERKAHWINAN DENGAN MESIN)

Doro B.,jatuh cinta dengan "wanita" iaitu sistem pemprosesan logam di tempat kerja. Dia menyatakan bahawa itu telah memikatnya dengan bunyi dengumannya.Disebabkan dia tidak dapat menghabiskan masa yang lama dengan mesin itu setiap hari,sebuah model mesin itu telah dibuat dan dibawa pulang kerumah...dia menyatakan bahawa itu bukanlah satu kecurangan cintanya tapi model itu samalah fungsinya bagai mesin fax yang menyampaikan perasaannya kepada kekasih mesinnya.. 


(PERKAHWINAN DENGAN MENARA BERKEMBAR)

Sandy K. dari Berlin,25 tahun, telah jatuh cinta dengan Menara Berkembar di New York City sejak dia berusia 8 tahun. Dia memiliki model bangunan itu yang dibuat daripada façade aluminium anodized, seperti menara asli, dan mereka mandi dengan mereka. Tentang cinta  luar biasanya itu,dia berkata, "Ketika datangnya Cinta, saya hanyalah tertarik pada objek dan saya  tidak boleh membayangkan bagaimana hubungan cinta dengan manusia."


P/s: Aku rase sume orang2 kat atas ni kene jumpa pakar sakit jiwa nih...ade ke kawin ngan object?? haha..mcm2 manusia sekarang nih...bagi sape2 yg rase dah tak sabar sngt nak kawin dan tak ade calon..kawin lah ngan penyapu ke..pen ke..berus gigi ke...senang xyah nak kuar duit bnyk2 buat hantaran...hahahaha...



  1. Tanpa Nama

    hahahaha...giler ke ape diaorg nih..

  1. eiffel tower tu cume besi burok je....hahahaa

  1. haha tau xpe...pelik2 diaorg nih...

  1. hahahaha naseb baik masa naik eiffel tower tu tak jatuh cinta..
    mahu pulak ada orang Malaysia buat rekod bodoh macam ni..
    nauzubillah..
    mintak dijauhkan semua ni..

  1. Menara eiffel tu cintakan dia tak?

    ke mamat cinta cinta bertepuk sebelah tangan je?

  1. bengong nye diorg ni..huhu wat gane, takde pegangan..

  1. kelakarnya, takde nafsu kat manusia lgsg.hahaha

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang