Advertiser 2
0
Isnin, September 20, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Dilontar najis,bendera dipijak,dan nak ganyang malaysia??

JAKARTA 23 Ogos – Tunjuk perasaan membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh polis Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini kecoh.


Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguat kuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan.
Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penunjuk perasaan membawa lima bungkus najis manusia dan mahu dilempar ke dalam Kedutaan Malaysia.


Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melepar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit.


Suasana menjadi kecoh apabila para penunjuk perasaan mendesak rakan mereka dibebaskan.
Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan terbabit hari ini juga.


Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia.


Sebelum ini anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu.
Bagaimanapun timbul kekecohan apabila anggota Pasukan Gerakan Marin cuba menghalang tindakan itu telah menangkap tiga anggota penguat kuasa terbabit.
Namun masalah itu diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan dibebaskan.


Penyelesaian secara diplomasi itu bagaimanapun dianggap segelintir masyarakat Indonesia termasuk pertubuhan bukan kerajaan sebagai sikap yang terlalu berlembut dengan Malaysia dan kerajaan Indonesia tidak tegas mempertahankan kedaulatan negara berkenaan.
- UTUSAN


"kira-kira 600 penunjuk perasaan bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang dan berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara." ~UTUSAN~

Kurang ajar betul segelintir rak yat indonesia nih...nak ganyang malaysia konon...xsedar ke kat mesia ni ade berape ramai rakyat indonesia...sumenye malaysia yg tolong tuk bg kerja...tak sedar ke malaysia lah yg tolong kurangkan jumlah perngangguran di indonesia?? mmg tak kenang budi betul...sume masalh boleh diselesaikan dari segi diplomatik..tak payah la nak sebuk2....

"Para penunjuk perasaan sempat memijak bendera Malaysia dan melempar sebungkus najis ke dalam kawasan kedutaan Malaysia dan ke atas Jalur Gemilang yang dibentang di atas tanah, apabila polis berpakaian biasa menangkap tiga penunjuk perasaan terbabit."~UTUSAN~

what??? feaces?? manelah hilangnye budi pekerti dan akal segelintir org indonesia nihhh!!! boleh plak taik tu..sanggup dibungkus lepas berak semata2 nak baling kat kedutaan...ni sume uneducated person yg buat nih...kalo org betul2 berpelajaran...dia tau yg najis tu sngtlah kotor even budak kecik pon tau yg najis tu kotor dan busuk...sungguh tak bertamadun!!!

Mereka juga memberi amaran kepada polis supaya membebaskan penunjuk perasaan
 terbabit hari ini juga.Jika polis gagal berbuat sedemikian mereka akan melancarkan 
gerakan mengusir rakyat Malaysia"~UTUSAN~

macam2 lah diaorg nih...sume org malaysia yg belajr dan bekeje kat sane tuh sume yg menyumbangkan pendapatan tuk negara korang...senang citer...mmg bnyk rakyat indonesia bergantung kat malaysia...cuba fikir..kalo tahap negaranye sekarang ni mcm ni...kalo betul2 malaysia ngan indonesia xde ape2 hubungan diplomatik,rasenye tahap mcm mana negare tu akan jadik??? lu pikirlah sendiri!!!

P/s:  yg aku tau org indonesia di malaysia ni sume ok je...gembira lagi adelah sbb dpt hidup senang...even kat mesir..sumenye baik2..peramah..mesra...baik budi pekertinya...tapi HANYA SEGELINTIR je yg mahu malaysia bergaduh ngan indonesia...so aku tak puas hati ngan yg SEGELINTIR  tu je..yg TAK BERTAMADUN tuhh...selain dari tu..sumenye ok..kita dari rumpun yg sama...bahasa je lain sket..tp still paham..mmg bnyk persamaan...so kenape nak gaduh2??



This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang