(mizz nina-what you waiting for)
ok...sementara korang buffer youtube kat atas nii....(bagi yang tenet macam siput sedut) aku nak citer sket tentang siapakah Mizz Nina? Berdasarkan kepada gayanya seperti artis dari luar negara,tapi disebalik rupa dan penampilan yang ditonjolkan,dia merupakan salah seorang artis kelahiran dari Malaysia. Siapa sangka dia mampu menggegar dunia dengan lagu "what you waiting for". Sekarang ’single’ pertamanya yang telah berkumandang di radio semakin hari,semakin diminati ramai termasuklah aku sendiri. hehe. ‘Single’ terbaru dia yang bertajuk ‘what you waiting for’ yang merupakan kolaborasi bersama Colby O’Donis.(yang featuring ngan lady gaga tuh..hehe..)
Nama penuhnya ialah Shazrina Bt Tan Sri Dato' Azman,anak jutawan Malaysia...pemilik Am bank(title mcm aku..tapi die takde "Dr" hahahaha....). Nina ni merupakan salah seorang ahli dari Teh Tarik Crew, meneruskan projek dalam usaha menghasilkan album solo sendiri. Dia sebelum ini pernah menceburi bidang peragaan dan terlibat dalam pengiklanan komersial televisyen serta bekas pengacara ‘Channel V’. Bakat yang ada dalam dirinya melonjakkan namanya lebih tinggi dalam bidang seni muzik. Amat berminat seni muzik hip hop,memberikan dia suatu pengalaman berbeza sebagai artis perempuan hip hop di Malaysia.
Rasa bangga dengan usaha dia sebab berjaya melakukan kolaborasi dengan artis luar seperti Colby O’Donis yang merupakan artis baru meningkat naik di Amerika sana. Nampak sangatlah bakat yang ada dalam diri Mizz Nina mampu memikat artis luar untuk digandingkan bersama dalam lagunya.Bagi aku kualiti lagu ni setaraf dengan lagu orang puteh yang lain...aku harap lagi banyaklah lagu-lagu yang bertaraf macam ni dihasilkan di malaysia. Klik link tu untuk download lagu yg best nih..hehe---> what you waiting for oklah...byeeee....stuck seketika didepan laptop...hehe...STUDY!!!!!!
p/s: aku suka waktu lirik "hey sexy girl from kuala lumpur" hehe...ade jugak name kuala lumpur..hikhikhik...
p/s/s: tapikann...aku tak sukanya video clip dia sngtlah tidak sedap mata memandang....sbb dia tu wanita melayu...kalo org puteh dah memang bende biase... :(
aah lagu ni best!!