Advertiser 2
3
Rabu, Jun 16, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Israel pertimbang longgar sekatan

Kabinet Netanyahu bincang pendekatan baru benar barang dibawa ke Gaza 

TEL AVIV: Kabinet Israel mengadakan mesyuarat semalam bagi menimbangkan gesaan masyarakat antarabangsa sejak beberapa minggu lalu, agar ia melonggarkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza.


Akhbar harian Haaretz melaporkan, kabinet dengan 15 anggota itu dijangka mengundi cadangan dikemukakan selepas beberapa minggu perbincangan ‘tegang’ antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan utusan khas Kuartet Asia Barat, Tony Blair.


Seorang pegawai kerajaan mengesahkan, Kabinet memulakan mesyuarat awal pagi semalam bagi membincangkan ‘perkara berkaitan Gaza’ tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai apa yang dibincangkan atau perkara yang bakal diundi. 

Haaretz dan media lain melaporkan, jika dipersetujui, ‘persefahaman Blair-Netanyahu’ akan menyaksikan Israel melaksanakan pendekatan baru ke atas barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke Gaza sejak sekatan dikuatkuasakan pada 2006. 

“Di bawah cadangan baru hasil rundingan bersemuka dengan Blair dan perbincangan melalui telefon, Israel akan membenarkan semua barang dibawa masuk, kecuali bahan yang disenarai hitam,” kata akhbar itu. 

Ia juga akan membenarkan kemasukan peralatan dan bahan binaan yang amat diperlukan bagi projek pembinaan yang ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 
Haaretz berkata, Israel juga bersetuju meneliti cadangan untuk menempatkan pemeriksa daripada pihak berkuasa Palestin dan Kesatuan Eropah (EU) di sempadan untuk memeriksa barangan yang dibawa masuk. 

Pada masa ini, beribu-ribu produk termasuk produk biasa seperti kertas tisu tandas dan halia, disenaraikan Israel sebagai barang ‘berisiko’ dan dilarang daripada dibawa masuk ke Gaza. 

Senarai turut memasukkan produk seperti bahan binaan yang dikhuatiri Israel boleh dijadikan bahan membina roket seperti batang paip dan simen yang boleh digunakan untuk membina kubu. 

Media Israel menyatakan cadangan itu dijangka dipersetujui Kabinet keselamatan, manakala Blair memberitahu Haaretz ia adalah ‘langkah yang amat penting’. 
“Ia akan membolehkan kita memastikan bahan membuat senjata tidak dibawa masuk ke Gaza, pada masa sama membantu penduduk Palestin di sana. 

“Dasar di Gaza mestilah bermatlamat memencilkan puak ekstremis tetapi membantu penduduk Palestin. Kita juga mahu menghapuskan perbuatan menyeludup barangan melalui terowong bawah tanah di sempadan Gaza dengan Mesir,” kata Blair 
Radio tentera bagaimanapun berkata, Netanyahu dijangka menekankan supaya sekatan laut ke atas Gaza dikekalkan, langkah yang dikatakan penting bagi menghalang Gaza daripada menjadi ‘pelabuhan Iran’ yang membolehkan senjata dibawa masuk secara bebas. 

Israel menerima tekanan hebat berikutan serbuan ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan Mavi Marmara bulan lalu, yang menyebabkan sembilan aktivis warga Turki terbunuh.



SUMBER: BERITA HARIAN


ulasan:


what??? kertas tisu tandas dan halia, disenaraikan Israel sebagai barang ‘berisiko’??!!!! 
nampak sngt israel ni bodoh kan??? halia tu org buat masak...bukannye buat senjata...entah2 dia hidu then bau halia tu mcm 'mengancam' tu yg terus senarai sebagai barang berisiko...stupidossss!!!!!



  1. boleh percaya ke ngan yahudi ni...hish!

  1. memang nak ikotkan bukan leh percaya sgt ngan yahudi ni...tp at least dis is good news..mean..israel dah tunduk dan terasa sedikit terancam dengan tekanan dunia....so,apa lg,dunia,bangkitlahhh.....teruskan desakan dan tekanan demi tekanan....
    hehehe....
    lepas tu stress..lepas stress....stress..lepas stress ....stesssSSSSS...exammm dop abissss lg wehhhhhhh....dah la subjek psyco plak lepas tuuuu....

  1. betull..betull...kalo diberi tekanan oleh dunia...diapon mesti buat sesuatu..maknenye org yg terkorban mase flotilla tu tak sia-sia lah...nampaknye ade dah perubahan sket.....kalo tak disebabkan flotilla tu mesti sampai skrg sekatan tak dibuka2 lagi...

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang