Advertiser 2
2
Selasa, Oktober 26, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran dan tauladan



Kisah Rasulullah S.A.W Sebagai Pengajaran dan Tauladan


1) Kalau ada  pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya  sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.  Beliau juga memerah susu kambing untuk  keperluan keluarga mahupun untuk  dijual.


2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum  baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.  Sayidatina 'Aisyah menceritakan  'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu  membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai  sembahyang.'


4) Pernah baginda  pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda  teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya  tiada apa pun yang ada untuk sarapan.  Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina  'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah  yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,  'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku  puasa saja hari ni.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut  wajah baginda.


5) Sebaliknya  baginda sangat marah tatkala melihat  seorang suami sedang memukul isterinya.  Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul  isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan  agak gementar, 'Isteriku sangat  keras kepala! Sudah diberi nasihat dia  tetap degil juga, jadi aku pukul lah  dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,'  sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan  mengapa engkau memukul teman tidurmu dan  ibu kepada anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik  lelaki adalah yang paling  baik,kasih dan lemah lembut terhadap  isterinya.' Prihatin, sabar dan  tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua  keluarga langsung tidak sedikitpun  menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin  umat.




7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam  solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun  ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup  seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser  antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda  itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah  tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan  segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di  tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.  Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti  sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar  baginda. Batu-batu kecil itulah yang  menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap  kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan  lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak  para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.  Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai  pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku  kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan  di Akhirat kelak.'




8) Baginda pernah tanpa rasa canggung  sedikitpun makan di sebelah  seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan  kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain  rida'nya direntap dengan kasar  oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas  merah di lehernya. Dan dengan penuh  rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang  dikencing
si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan  itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH  SWT dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah SAW  menolak sama sekali rasa ke  tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari  ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka  seluas-luasnya untuk baginda,  baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu  sepi malam hari, terus-menerus  beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh  lantaran kakinya
sudah  bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah  tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya  yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina  'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau  masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah,  bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi  hamba-Nya yang bersyukur.'




Hargailah pasangan anda...Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman...Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha...Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar...Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU..


Rasulullah S.A.W. bersabda:'SAMPAIKAN LAH  PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.



0
Selasa, Oktober 19, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Kenali penjenayah dan taktik-taktik mereka

Cara terbaru yg digunakan pencuri untuk memerangkap mangsanye .
Kes pertama, dengan mendatangi rumah dan mengatakan ada surat utk orang yg beralamat dirumah tersebut. Kawan- kawan nye yg lain akan bersembunyi bg mengelakkan tuan rumah dpt melihatnye.
 
Rumahnye di datangi oleh lelaki yg tidak dikenali dengan mengatakan ada surat untuk Azhar…Tuan rumah (perempuan) tersebut hanya bercakap dengan lelaki ini melalui pintu rumahnye.
 
Setelah hampir setengah jam berdebat dengan lelaki tersebut, tuan rumah ini memanggil jiran dibelakang rumahnye..
 
Jirannye (Lelaki berbadan agak besar) bersemuka dengan lelaki tersebut melalui pintu pagar hadapan dan terperanjat apabila melihat disebalik tembok tersebut ada 2 org lelaki lagi. Setelah melihat jiran tuan rumah itu, lelaki tersebut berlalu pergi.
 
Kes ke-2 dimana punca bekalan air utama diluar rumah dimatikan .
 
Pencuri menggunakan cara ini utk memerangkap mangsanye apabila tuan rumah tersebut ingin membuka semula paip air itu..
 
Kes ke-3, dengan menggunakan Tangisan bayi .
 
Peluang pencuri adalah apabila tuan rumah tersebut cuba mencari punca tangisan bayi tersebut…
 

Kes Ke 4:  dengan pujukrayu wanita

Pintu belakang rumah anda diketuk (biasanya tgh malam atau waktu pagi sebelum subuh), apabila pintu papan dibuka ada seorang wanita Indonesia muda merayu minta dibukakan pintu grilles. Katanya dia lari daripada majikannya yg kejam. Dia merayu minta dikasihani, minta tinggal di rumah anda dan semua kerja dia akan buat percuma.
Mujurlah ada seorang jiran  nampak dan telefon, katanya dia nampak ada dua lelaki bersenjatakan parang sedang bersembunyi 5 ela daripada situ. Setelah tahu rancangan mereka cepat hubungi polis.
Jgn cepat utk membuka pintu grilles.....Kalau grilles dibuka mereka akan serbu dan merompak..
Kes ke 5: Pili air anda di luar rumah sengaja dibuka....Jgn keluar utk menutupnya kecuali anda telah panggil jiran2 anda keluar bersama..
Tolong sebarkan perkara ini untuk keselamatan kite semua.
 
Kesemua kes tersebut berlaku sekitar jam 11.30 mlm dan ke atas.
Jangan cuba keluar dari rumah sekiranye anda seorang berada dirumah.

Sabtu, Oktober 16, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

5 perkara yang anda tergila-gilakan


lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

وجه جميل
wajah yang cantik:1

 فلوس بالملاين
duit yang banyak:2

صحة قوية
3:kesihatan yang baik

 اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً
 ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
 :
kata Nabi S.A.W
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada Nabi S.A.W itu walaupun satu ayat

Post By: Tan Sri Kroll™

lonjakan mega!!!


(Bajet 2011 angkat Malaysia sebagai negara maju pendapatan tinggi )

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam membentangkan Bajet 2011 yang menjadi lonjakan mega bagi mengangkat Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi dengan mengambil kira kepentingan segenap lapisan masyarakat. 

Bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi, bajet ke-53 itu turut menumpukan kepada usaha pembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.

Dengan peruntukan RM212 bilion, meningkat 2.8 peratus berbanding Bajet 2010, bajet tahun depan disasarkan mencapai matlamatnya menerusi empat strategi, iaitu merangsang kembali pelaburan swasta; membangunkan modal insan; mensejahterakan hidup rakyat dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Ia dirangka seiring dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

Bagi merangsang pelaburan swasta, Perdana Menteri menggariskan 20 inisiatif utama, iaitu pelaksanaan projek perkongsian swasta; pembangunan strategi berimpak tinggi; mencergaskan pasaran modal; mempergiatkan industri modal teroka; mewujudkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dan Dana Pencen Swasta; meningkatkan kegiatan industri elektrik dan elektronik serta merancakkan industri minyak, gas dan tenaga.

Inisiatif lain ialah memajukan teknologi hijau; menyuburkan sektor pertanian; merancakkan industri pelancongan; memangkin industri minyak sawit, meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan komunikasi; menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan; pembangunan koridor dan wilayah; menggalakkan penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan; menambah perundangan insolvensi; memajukan lagi industri kreatif serta memperkukuhkan kedudukan kewangan negara. 

Dalam setiap inisiatif itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan pelbagai projek, pemberian insentif serta peruntukan dana yang bakal menggalakkan kegiatan ekonomi domestik seterusnya merangsang pendapatan rakyat.

Bagi membangunkan modal insan, Najib menggariskan 10 inisiatif dengan matlamat mengeluarkan negara daripada perangkap terlalu bergantung kepada sumber asli, sebaliknya menjadi sebuah ekonomi yang berteraskan pengetahuan yang menjanjikan pendapatan lebih tinggi.

Inisiatif itu ialah mempergiatkan usaha menarik bakat; memperluas akses kepada pendidikan berkualiti; memperkasa pendidikan awal; memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah; memperkasa pengajian tinggi; mempergiat program latihan dan kemahiran; pengenalan Program Latihan 1Malaysia; meningkatkan produktiviti pekerja; memperluaskan pembabitan wanita dalam ekonomi serta pembangunan sukan.

“Modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi,” tegas Perdana Menteri.

Ke arah mensejahterakan hidup rakyat, Najib menggariskan 12 inisiatif yang membabitkan pemberian insentif, pelaksanaan pelbagai program serta projek pembangunan dan menaik taraf infrastruktur bagi memastikan mutu kehidupan lebih baik di seluruh negara.

Beliau juga mengumumkan pemberian sagu hati RM500 dan insentif bagi memudahkan kakitangan awam memiliki rumah termasuk menaikkan kelayakan pinjaman perumahan kepada RM450,000 daripada RM360,000.

Perdana Menteri berkata, daripada peruntukan RM212 bilion bagi Bajet 2011 itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Bagi peruntukan pembangunan, katanya, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar, manakala RM15.5 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Najib menegaskan, dengan pelaksanaan inisiatif dalam Bajet 2011 itu serta jangkaan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia yang dijangka sederhana, ekonomi negara dijangka mampu berkembang pada kadar antara lima hingga enam peratus tahun ini.

Pendapatan perkapita pula diunjurkan bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000 sementara pendapatan per kapita mengikut kuasa beli pariti meningkat kepada AS$16,000 dengan mengambil kira paras inflasi yang sederhana pada dua hingga tiga peratus dan kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.

Perdana Menteri turut mengumumkan semakan semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini kepada tujuh peratus daripada enam peratus sebelum ini yang dicapai hasil langkah proaktif yang diambil kerajaan dan pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM67 bilion. -BERITA HARIAN-

P/S: harap2 malaysia boleh menjadi sebuah negara yg maju dlm masa yg singkat dan mencatat sejarah dunia..

I LOVE MALAYSIA!!!  O(^_^)O

0
Jumaat, Oktober 15, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Bajet 2011 (Intipati berkaitan perniagaan)


KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati Bajet 2011 yang berkait dengan perniagaan:

* Kerajaan semak semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi 2010 kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelumnya.

* Pelaburan swasta berkembang 12.5 peratus kepada RM86 bilion.

* Pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dijangka menjana pelaburan bernilai lebih RM1.3 trilion dalam pelaburan dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan.

* Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebagai "tipping point" untuk membangunkan infrastruktur sokongan bagi membolehkan projek yang diterajui sektor swasta.

* Beberapa projek perkongsian awam-swasta (PPP) di bawah RMK-10 akan dilaksanakan pada 2011 melalui pelaburan swasta sebanyak RM12.5 bilion.
* Academic Medical Centre, usahasama antara Academic Medical Centre Sdn Bhd dan Johns Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons Ireland, merupakan sebuah lagi projek PPP yang dikenal pasti dengan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang