Advertiser 2
2
Selasa, Oktober 26, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran dan tauladan



Kisah Rasulullah S.A.W Sebagai Pengajaran dan Tauladan


1) Kalau ada  pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya  sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.  Beliau juga memerah susu kambing untuk  keperluan keluarga mahupun untuk  dijual.


2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum  baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.  Sayidatina 'Aisyah menceritakan  'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu  membantu urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai  sembahyang.'


4) Pernah baginda  pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda  teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya  tiada apa pun yang ada untuk sarapan.  Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina  'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah  yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,  'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku  puasa saja hari ni.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut  wajah baginda.


5) Sebaliknya  baginda sangat marah tatkala melihat  seorang suami sedang memukul isterinya.  Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul  isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan  agak gementar, 'Isteriku sangat  keras kepala! Sudah diberi nasihat dia  tetap degil juga, jadi aku pukul lah  dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,'  sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan  mengapa engkau memukul teman tidurmu dan  ibu kepada anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik  lelaki adalah yang paling  baik,kasih dan lemah lembut terhadap  isterinya.' Prihatin, sabar dan  tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua  keluarga langsung tidak sedikitpun  menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin  umat.




7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam  solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun  ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup  seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser  antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda  itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah  tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan  segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di  tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.  Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti  sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar  baginda. Batu-batu kecil itulah yang  menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap  kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan  lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak  para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.  Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai  pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku  kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan  di Akhirat kelak.'




8) Baginda pernah tanpa rasa canggung  sedikitpun makan di sebelah  seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan  kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain  rida'nya direntap dengan kasar  oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas  merah di lehernya. Dan dengan penuh  rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang  dikencing
si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan  itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH  SWT dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah SAW  menolak sama sekali rasa ke  tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari  ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka  seluas-luasnya untuk baginda,  baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu  sepi malam hari, terus-menerus  beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh  lantaran kakinya
sudah  bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah  tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya  yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina  'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau  masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah,  bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi  hamba-Nya yang bersyukur.'




Hargailah pasangan anda...Mengapa di cari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman...Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tidak setulus Zulaikha...Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar...Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada diri sendiri...Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU..


Rasulullah S.A.W. bersabda:'SAMPAIKAN LAH  PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.





  1. bhgia lau sume suami ader cri2 cmtuh kt isterinya.. ;)

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang