Advertiser 2
7
Jumaat, Disember 24, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

kuih pau Strawberry versi MESIR!!!!

lamenyelah aku tak buat post pasal makanan...baru2 ni aku teringin nak makan kuih pau...so ape lagi...tibalah masenye aku modified kuih pau ni supaye jadik versi emsir...sket je aku modified...yg lain sumenye tulen dari mesia...hehe~
so cara nak buatnye ialahhhhhh....

inti kuih pau dibuat dengan kelape parut + jem strawberry yg dilebur dicampur bersama..sedap woooo!!! kuih pau strawberry...hehe~

6 cawan kecik tepung+garam sket+planta+air+1 sudu/1 paket kecil yeast+minyak zaitun(ni aku je memandai kononnye sbb nak lembut...tapi mmg menjadikk..lembut jeee...)

(sume bahan2 ni wujud di mesir yeee...)


bahagikan kecik2 dan bulat2kan... :)


masukkan inti kedalam doh yg dah dibulat2kan tadi...dan kukus!!! senang je kan??huhu~


hasilnye selepas dikukus...kembang dan kembang...lembut je...hehe~


sampai 3 hari berturut2 aku mkn kuih pau je...puas hati aku...huhu~
cubalah yerr buat...nak gune jem ape2 pon boleh je....buat je eksperimen...sodap jerr!!! 
jgn pelik2 sngt sudah lerr..hehe~

SALAM!!!

0
Khamis, Disember 16, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

WikiLeaks dedah telex rahsia antara kerajaan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat mengenai Malaysia



Beberapa telex rahsia antara kerajaan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat mengenai Malaysia didedahkan oleh Wikileaks.. Antara laporan-laporan mengenai pendedahan ini ialah:


AFP
"The Australians said that Singapore's intelligence services and (former prime minister) Lee Kuan Yew have told ONA (Office of National Assessments) in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'," the cable read.
http://www.mysinchew.com/node/49390


SYDNEY MORNING HERALD
Malaysia is in a "confused and dangerous" state due to incompetent politicians.
http://www.smh.com.au/national/sodomy-charges-were-a-setup-20101211-18ti0.html


THE CANBERRA TIMES
Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim's sodomy charges are the result of a ''set-up job'' which the politician ''walked into'', according to an assessment by Australia's peak intelligence agency.
http://www.canberratimes.com.au/news/local/news/general/sodomy-case-a-setup-leak/2023245.aspx


HINDUSTAN TIMES
As such, "the situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous," fuelled by a "distinct possibility of racial conflict" that could see ethnic Chinese "flee" Malaysia and "overwhelm" Singapore, Kausikan was quoted as saying.
http://www.hindustantimes.com/Singapore-diplomat-calls-India-stupid-Leaked-papers/Article1-637461.aspx


TEMASEK REVIEW
He added bluntly that the “lack of competent leadership is a real problem for Malaysia” and cited the need for Najib to “prevail politically” in order to avoid prosecution in the sensational murder case of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.
http://www.temasekreview.com/2010/12/12/wikileaks-singapore-diplomats-told-us-officials-malaysia-lacks-competent-leadership/




WikiLeaks dedah kenyataan diplomat Singapura

Nota sulit tuduh kepemimpinan Malaysia amal rasuah

SINGAPURA: Kabel WikiLeaks semalam mendedahkan beberapa kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin negara Asia, termasuk Malaysia, yang dianggap mengamalkan rasuah, tidak cekap atau bodoh. Nota sulit diplomatik disalurkan oleh laman itu kepada kumpulan media Fairfax Australia mengandungi penilaian tidak menyenangkan mengenai tokoh utama di Malaysia, Thailand, India dan Jepun.


“Kepemimpinan tidak cekap adalah masalah besar kepada Malaysia,” Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Bilahari Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi Asia Timur, David Sedney dalam kabelnya bertarikh September 2008.

Justeru, ‘keadaan di negara jiran, Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya,’ dan ‘kemungkinan jelas boleh berlaku konflik perkauman’ yang menyaksikan golongan etnik Cina ‘melarikan diri’ dari Malaysia dan ‘membanjiri’ Singapura, Bilahari dipetik sebagai berkata.

Seorang lagi pegawai, Peter Ho, dilaporkan menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘seorang oportunis’ yang ‘tidak teragak-agak’ mencari kesalahan Singapura jika beliau ‘perlu melakukannya’.

Bilahari juga bersikap kritikal terhadap kerajaan Thailand dengan melabel perdana menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra sebagai pemimpin yang ‘mengamalkan rasuah’, di samping ‘sesiapa saja, termasuk pembangkang’.
Beliau berkata Thaksin ‘tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh’, dan memberi amaran mengenai ketidakstabilan di Thailand.

Dalam satu lagi memo pada 2009, duta bebas Singapura, Tommy Koh – yang selalunya bersopan dan berhemah di khalayak – membuat teguran tidak menyenangkan mengenai Jepun dan India.

“Koh menyifatkan Jepun sebagai ‘pihak yang sentiasa tewas’ dalam penambahbaikan hubungan di antara China dan ASEAN,” menurut kabel yang dibocorkan, memperincikan mesyuarat di antaranya dan pegawai AS.

“Beliau berkata kejatuhan Jepun di rantau berkenaan berpunca daripada kebodohan negara itu sendiri, kepemimpinan teruk dan kurang berwawasan,” katanya.

“Beliau juga tidak menunjukkan belas kasihan kepada India, apabila menyifatkan ‘kawasan bodoh India’ sebagai ‘separuh masuk ASEAN dan separuh lagi keluar.’

Tiada reaksi segera daripada kerajaan Singapura berikutan pembocoran itu, tetapi akhbar Straits Times yang prokerajaan memetik kenyataan kontroversi itu dan menyiarkannya dalam laman webnya. – AFP

INFO


  • WikiLeaks adalah organisasi yang menggunakan laman web untuk membocorkan dokumen sulit, rahsia kerajaan dan syarikat korporat.



  • Laman web itu yang dilancarkan pada 2006 dan beroperasi dari Sweden, menerima maklumat sulit daripada pelbagai pihak yang dirahsiakan.


  • Pada Julai 2010, Wikileaks membocorkan lebih 76,9000 dokumen berkaitan Perang Afghanistan sebelum menyiarkan hampir 400,000 dokumen mengenai Perang Iraq, dua bulan lalu.


  • Pengasasnya, Julian Assange kini ditahan di Britain bagi kesalahan mencabul dua wanita Sweden.

  • ~BERITA HARIAN~


    WikiLeaks sahkan Singapura terus cemburu Malaysia, kata Ibrahim Ali

     
    KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim mendakwa pendedahan WikiLeaks mengenai penilaian Singapura tentang iklim politik Malaysia mengesahkan sikap iri hati berterusan republik itu terhadap negara ini.



    Pada sidang media pertama selepas kembali daripada cuti sakit selama dua bulan ekoran pembedahan jantung, presiden Perkasa itu berkata, Singapura sudah lama menyimpan dendam terhadap Malaysia.
    Justeru katanya, kenyataan pegawai-pegawai kanan Singapura sebenarnya menunjukkan “belang” sebenar republik itu yang berpisah dari Malaysia pada 1965.


    “Saya yakin bahawa mereka  (Singapura) sebenarnya cemburu dengan Malaysia kerana mereka tidak gembira dalam banyak hal.
    “Saya tidak terkejut dengan laporan WikiLeaks mengenai Singapura... mereka yang sebenarnya mengamalkan  politik sempit,” kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.


    Merujuk kepada pendedahan itu, Ibrahim juga mendakwa Singapura mempunyai kepentingan diri untuk menyebabkan keadaan huru-hara di Malaysia.


    “Mereka hanya mahu menyebabkan keadaan huru-hara di Malaysia sebab mereka tidak berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian Malaysia,” kata Ibrahim.

     
    Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.


    WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.


    ~BERITA HARIAN~



    Info WikiLeaks tak jejas hubungan negara jiran, kata Singapura
    Kabel yang dibocorkan oleh WikiLeaks menunjukkan Singapura mengutuk negara-negara jirannya. — Foto Reuters


     SINGAPURA, 13 Dis — Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.



    “Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar.


    “Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini,” kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan “bukan cakap-cakap atau mengumpat”.


    Jurucakap itu menjawab pertanyaan media mengenai laporan akhbar Australia mengenai kabel Kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks semalam.


    Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.


    “Laporan akhbar itu berdasarkan interpretasi Amerika Sayrikat mengenai perbualan sulit yang tidak memberikan konteks sepenuhnya, dan dalam sesetengah kes, adalah daripada sumber pihak ketiga,” kata jurucakap itu.


    “Sebagai prinsipnya, kementerian itu tidak mengulas mengenai kebocoran itu,” tambah beliau.
    Ditanya jika beliau menjangkakan bahawa laporan WikiLeaks seterusnya akan mengandungi komen yang kritikal mengenai Singapura oleh negara-negara lain, jurucakap itu berkata: “Beribu-ribu kabel bocor daripada perwakilan diplomatik Amerika Syarikat di seluruh rantau kita.


    “Saya sangat terkejut jika Singapura bukan menjadi perkara sekurang-kurangnya sesetengah daripada mereka. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kementerian tidak mengulas mengenai kebocoran itu.”


    “Singapura menganggap kebocoran maklumat sulit sangat serius dan tidak akan bertolak ansur,” tambah jurucakap itu.


    ~BERITA HARIAN~

    Post By: Tan Sri Kroll™
    4
    Ahad, Disember 12, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

    Nasi Kandar...cerita kedai mamak...


    Lama dah tak berblog...kali ni aku nak citer pasal citer yg aku dapat dari email...hanyalah untuk berkongsi dengan semua... (^_^)

    "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang
     tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong."

    (An-Nahl ayat 105)

    Kepada sesiapa yang suka makan kat kedai Nasi Kandaq......
             
                Untuk makluman,
                Area Kulim pun ada kisah jugak pasal nasi kandar ni....kisah
                benar oleh Pak Cik Mail Taman Selasih Kulim.
                Jalan Sungai Lembu....area ni memang banyak reban ternakan
                ayam, satu hari dia pi tahan 'denak burung Merbuk' kat kawasan
                belukar belakang reban ayam, lepas pasang 'denak', dia pun
                cari la tempat sembunyi yang strategik untuk intip 'denak'.
                Waktu dok tunggu tu la dia nampak satu lori dari sebuah kedai
                nasi kandar (Dinas) kat kawasan Kulim masuk pi ambil ayam kat
                situ...yang mencurigakan tu pemandu lori ambil bakul ayam
                dalam keadaan tergesa-gesa dan lepas bayar terus keluar dari
                kawasan tu dengan segera...Pak Cik ni memang kenal penternak
                ayam ni (kaki burung jugak) jadi dia pun pi tanya la pasal apa
                lori nasi kandar tu nampak kelam kabut...penternak ayam tu pun
                beritahu lori tu datang ambil ayam yang dah mati kerana harga
                ayam mati (bangkai) jauh lebih murah dari ayam hidup. Patut
                pun...dan penternak tu pesan kat pak cik...'jangan kasi tau
                sama olang aaa'...
                Lagi pasal penemuan stokin dan seluar dalam di dalam periuk
                gulai di kedai nasi kandar (kalau tak silap nasi kandar
                Pelita) sebelah balai Polis Kulim...dah memang amalan geng
                mamak untuk guna pelaris macam tu kot...tu pasal la diaorang
                tak bagi pelanggan ambil lauk sendiri...perasan tak mamak akan
                tambah kuah campur kat dalam nasi pelanggan... tak banyak
                sikit dia mesti nak bubuh jugak...yang orang melayu pulak dah
                tahu kedai mamak tu mahal, sembelih orang, pengotor dan
                macam-macam cerita yang tak elok tapi dok pi situ la
                jugak...heran- heran...
               
             
                Kisah Kedai Mamak...Apa Ertinya Halal.....????
                Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku
                diPRESINT 9, PUTRAJAYA dekat Avon . Seorang makcik ni lalu
                belakang kedai mamak ni.
                Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau
                uli dengan tangan takpe jugak. Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee
                uwekkks. Kedai mamak kat
                situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai
                lagi apron putih . Yang makcik tu nampak ialah di kedai
                pekerja2 yang pakai apron secara keseluruhannya bolehlah
                dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor.. So sendiri mahu
                ingatlah ye... .Seelok-eloknya elaklah makan di kedai
                yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu. Kedai
                melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.
                Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga
                terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan
                apartment tempat
                saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG. Saya ternampak salah
                sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan
                tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then
                masuk ke dapur balik. Terus saya berhenti makan dan tanya
                pekerja tu. You ISLAM? dengan takut2 dia jawab saya hindu tapi
                BOSS saya ISLAM. I suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia
                datang cakap "maaf". I cakap maaf kepala hotak you!!!
                I tanya dia you ISLAM??? dia cakap dia ya!. I bayar dan terus
                blah.Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! yang
                aku marah sangat
                kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD
                besar-besar. Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM,
                RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada "Ayat Qursi + ALLAH
                & MUHAMMAD" besar -besar tu HALAL dan RAMAI yang ISLAM
                selamber je makan...So yang tak perasan lagi berhati2 !!!...

             
            
                AWAS DAN BERHATI-HATI KALU NAK MAKAN DI KEDAI MAMAK...!!!

                Restoran Mamak DIALOR SETAR di suatu ketika dahulu kami ada
                membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya
                Alor Star. Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama
                untuk membacakan do'a pembuka tirai.. Kebetulan ustaz itu
                diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2.
                Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan
                muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan
                perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan
                siasatan serta serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK
                DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN
                kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak
                tersebut! Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz
                itu...mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis
                Agama, tidak disebarkan kepada umum? Jawapan ustaz,... Dan
                mamak2 tu pulak telah mengikat kontrak bekal ayam dengan
                tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan
                drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman
                mamak2 dan mamak2 akan saman Majlis Agama..." Permintaan
                ustaz," Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang
                ana mampu"
             
                Kisah Benar-Nasi Beriani -
                Assallamualaikum. ..
                Last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR..
                Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai,
                lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari
                tu....dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi
                beriani lagi untuk member nak jadikan citer...kawan saya ni
                ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan
                SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH..TANG GETAH SPENDER
                DIIKAT NGAN
                GETAH...apa lagi... dia terus mintak cancel dan bayar nasik
                yang telah ditelan tadi...sampai kat opis...dia terus
                muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak
                pergi satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak,
                AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam
                mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang
                selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah
                accelator/tangga, dekat2
                dengan kedai2 handphone tu....Tengok satu stall namanya "BK
                CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar
                dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada dua
                orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...! Tengok pada
                dua orang India/Mamak tu...tengok kat tangannya ada ikat
                benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7..30 ,
                mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi...??? MAMAK KE TU??
                Lagi satu sesiapa yang selalu ke pasar PUDU, ada satu stall
                kat belakang stesen minyak ESSO. Kat situ ramai kita tengok
                orang Melayu singgah makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba
                perati sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan
                dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat
                dahi'!!Kenapa tak mau susah sikit, cross jln kenapa makan
                makanan yang was-was macam tu??? Wallahuaklam. BANYAK lagi
                kisah yg saya telah dengar dari kekawan

                Restoran mamak SHAH JAHAN MAJUdi SETIA WANGSA.

                Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam
                kuah roti canai pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam
                jawa tetapi setelah di amati
                betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku (mungkin kepala taik
                krn ianya keras sedikit). Tuan restoran tersebut mahu menutup
                mulut kawan saya dgn memberi
                RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah
                mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau
                kari. Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan
                dgn sebelumnya. Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di
                restoran tersebut. Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn
                tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya
                tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain..Makanan yg
                bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor
                secara automatik
                
                Lagi Kisah Makanan
                DI LEBUH AMPANG KL ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka
                iaitu RESTORAN MAJU CURRY HOUSE IAITU rangkaian SHAH MAJU..
                kemana perginya nama Jahan itu? Sama juga spt yg berlaku di
                kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di KG BARU, KL. Satu
                hari seorg lelaki
                yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja makan di
                kedai tersebut Tiba2 beliau ternampak seekor TOYOL sedang
                kencing di dlm periuk nasi lemak.
                Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa
                sebabya dia tak nak makan di kedai itu, mungkin tuan punya
                kedai telah meminta
                pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut
                krn bomoh sememangnya takkan beritahu. Tambahan pula tuan
                kedai tidak boleh melihat toyol dgn mata kasar.

                Wallahualam. ..

                P/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, baru berkat hidup
                kita, Insyaallah.

    0
    Sabtu, Disember 11, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

    Kisah Seorang Ibu/Isteri

    Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata.Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya bertambah teruk.
    Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat,
    dia kembali pulih.
    Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa.

    Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah."Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.

    Beberapa kali dia beristighfar…sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu.
    Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.
    Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?" tanya si anak. "Begini…semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari.

    Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan," jelas
    si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung.
    "Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si ibu. "Gali kubur? Tapi…bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak penuh kehairanan.

    "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya'allah mak akan selamat," ujar si ibu selamba. Dalam
    keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad.

    Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: "Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku.Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku."
    Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.

    Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.
    Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami," pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang
    kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu.

    Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?" tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.
    Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat, "aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku…maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya'allah," jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya.

    Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semula selepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara "Dia arwah isteri saya," kata lelaki itu sayu. " Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana ," jelas si ibu itu.
    "Baiklah…aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,"sambung lelaki itu lagi. Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya si ibu itu. "Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali. (Dipetik dari  kitab karangan Imam Al-Ghazali)


    Sabda Rasulullah saw:
    "Aku melihat dalam
    neraka, lebih ramai diantara ahlinya adalah wanita
    daripada lelaki."
    Maka seorang wanita bertanya: "
    Mengapa ya Rasulullah?"
    Rasulullah menjawab,
    "Mereka lebih banyak bersumpah/menyumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya. Sesungguhnya redha
    seorang lelaki yg bernama suami itu sangat
    penting buat seorang wanita yg bernama isteri "

    0
    Jumaat, November 12, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

    Lelaki Kacak



    Hadis yang Menarik

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


    Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

    "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

    Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'



    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
    'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:


    'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
    'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


    May Allah bestow this favour on all of us.
    ..  :)

    6
    Ahad, November 07, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

    Bahaya Terlebih Tidur



    Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuatkan anda dicap sebagai pemalas tapi juga bisa membuat Anda meninggal dengan cepat. Wah...!

    Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang sukarelawan dari beberapa negara bahagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

    Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh menjadi lemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirehat, " ujar Prof. Daniel.Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahawa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tiada masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari.
    "Tapi ingat, tidak baik bagi kesihatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

    "Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesihatan Anda," ujarnya.

    2
    Selasa, November 02, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

    CERITA DALAM LIF



    Alkisahnya.. ..

    Ada empat orang tengah tunggu lif.
    Sorang tu doktor,
    Sorang lagi tu engineer,
    Yang ketiga tu peguam
    Dan yang last sekali tok Imam.

    Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang Le Sorang Awek Cun Yang
    Teramat-Amatlah Seksi.

    Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik Le.

    Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke Atas, Tiba-Tiba Elektrik Terputus.
    Lif Tu Pun Berhentilah Dengan Tiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita.

    Dalam Black Out Tu, Mulalah Ada Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak Nak
    Buat Kurang Ajar Dengan Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap!

    Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam.

    Last Sekali Kat Tok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu
    Penampar Jepun Yang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak
    Meraba Lagi Tu !!!"Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya
    Kat Muka Tok Iimam Tu..

    Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal?

    kenape??



    kenape??

    kenape??

    4
    Jumaat, Oktober 29, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

    Siapakah Super Junior??


    Super Junior (Korea: 슈퍼 주니어), sering disebut sebagai SJ atau SuJu (슈주), adalah kumpulan yang  popular dari Korea Selatan dibentuk oleh SM Entertainment pada tahun 2005. 


    Dengan keseluruhan ahli seramai 13 orang, mereka adalah salah satu "boy bands" terbesar di dunia. Kumpulan ini terdiri daripada Leeteuk (pemimpin), Heechul, Han Geng, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Siwon, Donghae (penyanyi), Ryeowook, Kibum, dan Kyuhyun. Satu-satunya ahli China, Han Geng, dipilih daripada tiga ribu pemohon melalui audisition yang diadakan di China oleh SM Entertainment pada tahun 2001


    Pada 2010., Hanya 10 ahli aktif, kerana tuntutan Han Geng melawan SM Entertainment, Kangin pula terpaksa menjalani latihan ketenteraan dan Kibum menyeburi bidang lakonan .Namun,ahli yang lain berkeras menyatakan bahawa mereka masih sebahagian daripada kumpulan itu. 


    Mereka telah dibahagikan menjadi kumpulan yang lebih kecil, untuk menceburi industri muzik dan genre yang berbeza.Di samping kejayaan komersil mereka, Super Junior telah menerima tujuh anugerah muzik dari M.net Asia Music Awards, sebelas dari Golden Disk Awards, dan merupakan artis berkumpulan kedua yang memenangi Favorite Artis Korea di 2008 MTV Asia Awards selepas JTL (terdiri dari Jang Woo Hyuk, Tony An dan Lee Jae Won dari HOT) pada 2003.







    (sorry sorry)





    (bonamana)


    (no others)

    List of Super Junior Songs and mp3 Download link

    *No others = Download link
    *Sorry sorry = Download link
    *Bonamana = Download link
    *Here We Go = Download link
    *Its you = Download link
    *U = Download link


    P/s:To download right click on the download link  and choose save as... :)

    7
    Rabu, Oktober 27, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

    Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia

    Manusia yang telah diberi akal fikiran untuk berfikir tetapi ada juga yang tidak menggunakan akal sebaik-baiknya.Pernikahan merupakan penyatuan dua insan dengan satu ikatan. Kenyataannya pernikahan manusia dengan benda juga terjadi. Pernikahan ini boleh disebut pernikahan ajaib dan pernikahan aneh. Namun ia lebih sesuai dengan Rekod Pernikahan Aneh Lagi Terbodoh Dunia...


    (PERKAHWINAN DENGAN MENARA EIFFEL)

    Erika, 39, seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Perasaan pelik yang tertanam sejak lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda. Akhirnya dia menikahi Menara Eiffel dengan dengan majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.

    (PERKAHWINAN DENGAN DIRI SENDIRI)


    Liu Ye, 42, pemuda yang berasal Zhuhai, China begitu mencintai dirinya sendiri. Akhirnya menikahi dirinya sendiri dengan majlis pernikahan pernikahan tradisional di hadapan lebih 100 tetamu undangan.Dia mengabadikan model dirinya dan didandan seperti pengantin perempuan dengan bergaun merah.

    (PERKAHWINAN DENGAN BANTAL)

    Cinta sejati yang pelik timbul dalam perbagai ragam. Ini yang dialami oleh Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar karakter kartun. Bantal tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri kartun 'gadis ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.

    (PERKAHWINAN DENGAN WATAK DALAM GAMES)

    Seorang "otaku"(istilah yang secara kasar diterjemahkan sebagai "obsesis" atau "nerd"),27 tahun,yang menggunakan username dalam permainannya sebagai "Sal 9000" berkahwin dengan watak Nene Anegasaki dari video game Nintendo DS virtual dating Love Plus.Pernikahan itu disiarkan secara langsung di Internet, Sal 9000 memakai tux putih dan membawa video game konsol portabelnya yang memaparkan Nene. Setelah mengucapkan sumpahnya, Sal mencium pengantin wanita di depan ribuan penonton online.


    (PERKAHWINAN DENGAN KERETA)

    Warga Washington Edward Smith mengaku bahawa dia mempunyai hubungan dengan lebih daripada 1,000 kereta sejak ia berusia 15 tahun. Katanya teman wanitanya pada masa sekarang adalah Vanilla, sebuah VW Beetle 1974 putih. walaubagaimanapun dia tidak sendirian dimana seorang lagi lelaki UK,Witham Jordan,20 tahun juga telah jatuh cinta dengan VW Beetle 1967 putih.


    (PERKAHWINAN DENGAN MESIN)

    Doro B.,jatuh cinta dengan "wanita" iaitu sistem pemprosesan logam di tempat kerja. Dia menyatakan bahawa itu telah memikatnya dengan bunyi dengumannya.Disebabkan dia tidak dapat menghabiskan masa yang lama dengan mesin itu setiap hari,sebuah model mesin itu telah dibuat dan dibawa pulang kerumah...dia menyatakan bahawa itu bukanlah satu kecurangan cintanya tapi model itu samalah fungsinya bagai mesin fax yang menyampaikan perasaannya kepada kekasih mesinnya.. 


    (PERKAHWINAN DENGAN MENARA BERKEMBAR)

    Sandy K. dari Berlin,25 tahun, telah jatuh cinta dengan Menara Berkembar di New York City sejak dia berusia 8 tahun. Dia memiliki model bangunan itu yang dibuat daripada façade aluminium anodized, seperti menara asli, dan mereka mandi dengan mereka. Tentang cinta  luar biasanya itu,dia berkata, "Ketika datangnya Cinta, saya hanyalah tertarik pada objek dan saya  tidak boleh membayangkan bagaimana hubungan cinta dengan manusia."


    P/s: Aku rase sume orang2 kat atas ni kene jumpa pakar sakit jiwa nih...ade ke kawin ngan object?? haha..mcm2 manusia sekarang nih...bagi sape2 yg rase dah tak sabar sngt nak kawin dan tak ade calon..kawin lah ngan penyapu ke..pen ke..berus gigi ke...senang xyah nak kuar duit bnyk2 buat hantaran...hahahaha...

    Related Posts with Thumbnails
    Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
    Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang