Isnin, Jun 15, 2009
Post By: Tan Sri Kroll™
Fart ??.....Oooppsss.....
Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor
bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan
tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika
berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia
langsung tidak menyedari ianya berlaku.
Doktor mendengar dengan teliti dan
memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil.
Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu
dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa
tidak puas hatinya kepada doktor.
"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya
sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.
"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.
~~hik3~~
haha..
klaka2