KENALI POKOK GHARQAD
Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku
peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan
dibunuh oleh (tentera) Islam,sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan
pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba
Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang
tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu
ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam
peperangan ini,orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan
apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri,
maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang
berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol
dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad
secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam
pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar
tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....tetapi keegoaan dan sikap bongkak
mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha
memerangi umat Islam dari semasa ke semasa. Ramai juga yang bertanya tentang
bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula
yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok
Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok
Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak
tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.
This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.
Thank You for Your Incredible Support.