Advertiser 2
0
Khamis, Julai 26, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

HUMAN RIGHT NOTES

NI AKU ADE BUAT NOTES TUK HUMAN RIGHT GABUNGAN DARI NOTES EL-GAZZAR+MIDA+INOVASI AKU.. :p
TP AD YG AK BUANG DAN ADA YG AK TAMBAH DARI SUMBER INTERNET...
KALO AD YG SALAH MAAF...

P/S: NOTES NI SERABUT SKET SBB NOTES EXPRESS BARU BUAT HARI NI..
BG SAPE2 YG NAK GUNE DIPERSILAKAN....AKU JUST MINTAK DOAKAN KEJAYAAN AK DALAM DOA KORANG JE..OKEYHH?? GUD LUK!!! (^_^)

>>>CLICK HERE TO DOWNLOAD<<<



CARA UNTUK DOWNLOAD

Klik link download diatas dan ikuti langkah2 dibawah untuk download.. :)

0
Selasa, Julai 24, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

Sejadah yang Bercahaya Bila Diarah ke Kiblat


"EL Sajjadah adalah sejadah yg bercahaya yang memancarkan cahaya apabila diarahkan ke kiblat sahaja dan juga boleh dijadikan sbg hiasan di dinding.."

Salam sume...lame betol dah ak xupdate blog nih..maklumlah exam..xde mase..skrg ni major paper sume dah habis..tinggal 1 je lagi minor paper 29hb ni dan hari yg sama jugak ak fly ke m'sia...gila gelabah kan?? haha..okeyhh...dlm post kali ni ak nak citer sejadah yg bercahaya hanya bila dihadapkan ke kiblat...layanzzzz... :)

EL' bermaksud ‘Electro Luminescent’ dan 'Sajjadah' bermakna ‘Prayer Mat’. EL Sajjadah nipis dan juga flexible, boleh digulung dan dibawa kemana sahaja dengan mudah... sebagai mana sume tahu,untuk solat kita perlu menghadap ke arah kiblat yg mana cara sekarang ni dengan menggunakan compass untuk menentukan lokasi kaabah,jadi dengan sejadah ni kita tidak lagi perlu membawa kompas ataupon ragu2 dengan arab kiblat untuk solat.
Mcm mana sejadah ni berfungsi?? Bagi memastikan  EL Sajjadah  bercahaya bila dihadapkan kearah kiblat.. digital kompas yg ada didalam sejadah ni akan menentukan arah utara dan lokasi negara kita berada waktu itu perlu di pilih secara manual bg memastikan kita diarah kiblat yg betul..






EL Sajjadah ini memerlukan tenaga dari bateri yg boleh di recharge semula...tapi bagi akulah kan..bagus sejadah ni...semayang dlm gelap..dan hanya depend dengan cahaya dari sejadah ni mesti lebih khusyuk...dan jugak bercahaya2 gittu rase mcm...ermmmm....ermmm...ermm...aku xdpt ayat...haha...

0
Isnin, Julai 16, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

ENT (otorhinolaryngology)

Ini notes tuk ENT...saje upload moga2 bermanfaat...Gunalah bagi sape yg nk gune even ak rase xdelah bagus mane sangat notes aku nih, just doakan kejayaan ak dalam doa korang ye... :)
P/s: Sesetengah gambar adalah rekaan aku..mungkin tak sebijik dngn disease yg sebenar..ak still student so mungkin ade yg tersalah dari segi gambar yg aku reka... :)

P/s/s: Ada sesetengahnye xsempat nak cari gambar dan susunan xseberapa sbb dah xcukup mase..jadi kalo korang rajin carilah plak..tambah sendiri ye.. :)

P/s/s/s: Gunakan highlight tuk membezakan setiap component dlm sesuatu topic atau subtopic (eg: def,nature,types,pathogenesis,causes,management...ect.)..ak sengaja xhighlight kan siap2 sbb highlight mase study bole bantu kita lebih focus.. (^_^)

DOAKAN KEJAYAAN AKU JUGA DLM DOA KORANG YE!!! :)

Click Here to Download 

Jumaat, Jun 08, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

Peristiwa-peristiwa selepas Kiamat


Sekadar perkongsian yg aku terbaca dari facebook..serius menyeramkan dan menakutkan bila dipikir bnyk mane sngtlah amalan kita...baca tu biar sambil imagine sekali...serius takot!!!! Bila dipikir..kat manalah aku nnt dlm peristiwa2 yg berlaku di bawah nih...harap Allah pelihara kita semua dari segala perkara2 mungkar dan dorong ke jalan yg diredhai-Nya... (Baca Sampai Habis...bestt..takot dan menginsafkan..)

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.




✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004

0
Khamis, Mei 31, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

JENIS-JENIS PHOBIA (PART 1)


1.Atychiphobia – fear of failure
(sape tak takot failed kan?? tapi jgn lupa kegagalanlah yg memajukan kita...
dari kegagalanlah kita belajar sesuatu yg baru)


2.Chaetophobia – fear of hair
(takotkan rambut?? haha...pelik sungguh...mungkin mase kecik2
dulu ade peristiwa hitam kottt...ngeh3x~)


3.Coulrophobia – fear of clowns (not restricted to evil clowns)
(OK!!! seriously aku pon tetiba rase mcm jadik Coulrophobia jugak skrg nih..
giler xtakot tngk muke clown yg macam nih..boleh saket jantung..haha~)

4.Cyberphobia – fear of or aversion to computers / Learning new technologies
(Okeyh...seriously pelik...xkanlah nak main computer,Ipad,Handset pon berpeluh2 takot kott...)


5.Friggatriskaidekaphobia, Paraskavedekatriaphobia, Paraskevidekatriaphobia – fear of Friday the 13th
(Yang ni aku xpasti..rasenye ade diaorg buat citer kan?? ape peristiwanya pada 13th friday?? akupon xtau..Google lah korang kalo nak tau..)


6.Gamophobia – fear of marriage, commitment
(HAHA...mcm terkena kat batang hidung sendiri..tapi aku bukan takot kawen..
tapi takot nak akad nikah...tension kot ramai2 org tngk...haha)


7.Gelotophobia – fear of being laughed at
(hmmm...aku rase sume org xsuke kot kalo kene gelak...
xsangka diaorg kategorikan ini jugak sbg fobia..)


8.Gerascophobia – fear of growing old or aging 
(Yang ni mesti penyakit kebanyakan pompuan..pantang nampak kedut...
duduk depan cermin duk cakap sorang2..ingt ape?? ingt kau mak tiri snow white??)


9.Ailurophobia – fear of cats
(cute ape kucing?? kalo takot singa tu oklah kot...Kalo kucing dngr pon boleh tergelak agaknye...)


10.Androphobia – fear of men
(yang ni lagi satu aku rase kes yg ade history -ve dlm hidup..mungkin ayah dia dulu jahat ke..suka pukul ke..so effect kehidupan dia sampai takot kat laki...)

11.Glossophobia – fear of speaking in public or of trying to speak
(sekali lagi terkena batang hidung sendiri...tapi aku mula2 je..kalo dah naik ke pentas tuh hilanglah sume perasaan gemuruh tu...tapi kalo on the spot..tetiba je..menggelabah kottt!! haha)

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang