Advertiser 2
0
Selasa, Mei 29, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

Lelaki China jual daging manusia



BEIJING: Polis di barat daya China menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh lebih berbelas-belas kanak-kanak dan remaja lelaki sebelum memotong anggota tubuh mangsa dan menjual daging mereka kepada pelanggan yang tidak sedar ia daging manusia, menurut laporan semalam. 

Pihak polis membuat penemuan ngeri itu semasa menyiasat kehilangan sekumpulan remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan media China dan Hong Kong.

Suspek utama dikenali sebagai Zhang Yongming, 56, yang ditahan dua minggu lalu di kampungnya di Nanmen, Yunnan.
Dia mulanya disiasat beberapa bulan lalu atas pembunuhan seorang pemuda berusia 19 tahun penghujung April dan beberapa lagi orang lain yang hilang, lapor laman web Guangxi News. 

Ketika anggota polis memeriksa rumah Zhang, mereka menemui telefon bimbit lelaki itu, kad bank dan bukti lain, menurut web berita itu yang turut melaporkan bahawa lebih berpuluh-puluh remaja lain hilang dari kampung sama sejak beberapa tahun lalu. 

Zhang dikatakan suka menyendiri dan tidak pernah bercakap dengan jirannya. Dia pernah dipenjara 20 tahun kerana membunuh dan dikenali di kampungnya sebagai ‘raksasa pemakan daging’. 

Penduduk juga memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka sering melihat beg plastik hijau mengandungi tulang putih tergantung di rumahnya. 
Akhbar Hong Kong, The Standard melaporkan anggota polis menemui biji mata manusia yang diawetkan dalam botol ‘seperti arak ular’ dan beberapa cebisan daging manusia tergantung dipercayai untuk dikeringkan sebaik mereka memasuki rumah Zhang. – Sumber BH


Seriously?? oh God!!! Giler ape org yg beli tu xsedar tu daging manusia...dah tau yg penjual tu saket mental pegi beli jgk dngn dia...Teringat plak kisah pau kucing mase dulu2 yg berlaku di m'sia sendiri...terbongkar bila org jumpa kepala kucing belakang kedai dia...barulah org sedar yg diaorg selama ni makan pau daging kucingg!!! (aku rase nk termuntah buat post nih..haha)

0
Isnin, April 23, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

Breathtaking Aquariums Around The World

Lama sudah aku tak update blog nih....kali nih aku nak bawak sume pembaca menyelam dan menghayati keindahan hidupan aquatic yg unique...kat sini aku senaraikan 8 aquarium yg terbesar di dunia... (kecuali aquaria KLCC aku tambah sendiri sbb xtersenarai sbg "terbesar"..hehe~) Layanzzzz~


1 - Dubai aquarium in the Dubai Mall


Ikan pari berenang bebas di dalam Dubai Aquarium di Dubai Mall,sebuah pusat membeli belah yang meliputi kawasan kira-kira 50 padang bola sepak.
Akuarium Dubai mempunyai tiga tingkat bangunan dan mempunyai terowong kaca yang mengandungi hidupan laut yang eksotik.





2 - Georgia Aquarium, Atlanta 

Georgia Aquarium adalah Aquarium Dunia Terbesar di Atlanta, ianya menempatkan lebih daripada 100,000 jenis haiwan aquatic dengan 500 spesies berbeza . Antara spesimen yang terkenal adalah jerung,paus, dan manta ray. Aquarium ini dimuatkan dengan 18.1 juta gelen (31.000 m³) air laut.

0
Isnin, Februari 27, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

Kitab Injil 1,500 tahun ditemui




Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW


ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati. 

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

0
Khamis, Februari 23, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

12 barisan manusia.. MENUJU KE AKHIRAT




12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT 


Barisan pertama:


Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".


Barisan ke-2:


Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.


Barisan ke-3:


Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-4:


Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.


Barisan ke-5:

Selasa, Februari 14, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

Jenis-jenis Makanan Penyebab Lupa

Salamzz...lame sudah aku tak update blog nih..thanks pade sesape yg sudi jugak singgah walaupon xde post2 baru...buzylahh..(busy la sngt)..ok..straight to the point..ni jenis2 makanan yg boleh menumpulkan ingatan kita..jadinye kalo boleh elakkan2 lah yek!!


1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang