Advertiser 2
0
Sabtu, Februari 16, 2013 Post By: Tan Sri Kroll™

Bayangan Kiamat (Meteor terhempas di russia & Asteroid "terlepas" bumi)

Salam..nih nak share pasal meteor yg jatuh kat russia...ak rase kalo ak ade kat situ xtaulahhh...takut,cuak,gentar,menggigil...mana taknye bekalan xseberapa,dosa bertimbun2...Ini baru Allah bagi "clue " atau samar2 situasi kiamat yg lebih jauh lebih dahsyat dari nih...

Katenye mase tu org2 disekitar tu xtau nak buat ape..just mampu tngk je dan tunggu...takot kan? mcm tulah nnt mase kiamat..kita xmampu nk buat ape2 dahh..so marilah sama2 muhasabah diri,ak tulis post ni sebagai peringatan untuk diri sendiri...peringatan bahawa dunia kita nih sngt2 hampir dngn pengakhirannya...tp selalu kita lalai...tapi Allah masih syg kat kita...so dia hantar peringatan...Moga korang pon boleh dpt manfaat dari post nih dan sama2 kita muhasabah.. :)

p/s: Oh ye..kat bawah ni ak nk share skit pasal kejadian nih yg ak dpt dr sumber2 internet.. Moga jadi peringatan tuk kita semua!!!




Meteor nampak sseperti bintang yg terang dilangit


Meteor lmemancar lebih terang apabila menghampiri bumi 


Meteor bersedia menghentam bumi


Pancaran api dilangit selepas 1 meteor menghentam bumi.


Moscow: Ketika satu objek bercahaya terbang pantas di udara, kelas gimnastik yang diadakan di Institut Kereta Api Chelyabinsk pagi kelmarin terhenti.
Semua pelajar tertumpu ke tingkap untuk melihat objek aneh berkenaan. Beberapa detik berlalu, dan tiba-tiba dengan dentuman kuat kaca tingkap di situ berkecai dan bandar Chelyabinsk bergegar. Hentaman meteorit (tahi bintang yang gugur ke bumi) di bandar Chelyabinsk yang tidak jauh dari sempadan memisahkan Eropah serta Asia itu membayangkan bagaimana suasana dunia apabila tiba waktu kiamat.

Walaupun ia bukan yang pertama, saintis berkata, hentaman sebelum ini tidak pernah mencederakan begitu ramai orang. Pelajar di institut berkenaan bergegas menuruni tangga untuk mencari tempat selamat di luar bangunan.
Di situ, ratusan orang terpaku memandang pancaran cahaya yang amat terang - bermula dengan warna kuning sebelum bertukar menjadi oren - di langit.

Sejurus kemudian, terdengar jeritan di mana-mana dan orang ramai kelihatan keliru. Kira-kira 1,200 orang dengan 200 daripadanya kanak-kanak cedera dan sebahagian besar mereka akibat terkena kaca yang berkecai di sekolah atau tempat kerja. Kementerian Dalam Negeri berkata, beberapa mangsa mengalami kecederaan kepala dan patah tulang.

Sehingga petang semalam, tiada laporan kematian diterima. Pihak berkuasa tempatan berkata, ada hampir 305,000 meter persegi kaca pecah, menyebabkan banyak bangunan terdedah kepada cuaca sejuk. Ketika saintis cuba mencari jawapan kepada insiden itu, penduduk Chelyabinsk terpaksa berdepan kenangan yang sebelum ini hanya dapat dilihat dalam filem fiksyen sains. Bloger Darya Frenn berkata, dia terkejut apabila ada haba panas menerpa masuk ke rumah ketika dia membuka tingkap.
“Seolah-olah laman saya mengalami musim panas. Kemudian saya nampak cahaya terbang di langit dan semakin kecil sebelum hilang di kawasan hutan,” katanya.

Beberapa saat kemudian, kata Darya, dia terdengar letupan kuat menyebabkan tingkapnya tertanggal. “Mudah-mudahan Tuhan melindungi anda daripada mengalami insiden ini,” katanya. Guru Valentina Nikolayeva berkata, dia melihat cahaya luar biasa yang menerangi kelasnya. “Ia cahaya yang tak pernah saya lihat, mungkin hanya berlaku pada hari kiamat,” katanya. Pada jam 9 pagi (waktu tempatan), matahari baru naik di Pergunungan Ural yang memanjang antara bahagian Eropah Russia hingga ke Siberia di timur.
Chelyabinsk adalah bandar perkilangan industri pertahanan Russia, termasuk sebahagiannya menghasilkan senjata nuklear.

Kawasan kilang di situ dipisahkan kawasan hutan luas dan tidak berpenghuni. Ketika penduduk Chelyabinsk memulakan hari baru kelmarin, seketul meteorit seberat 10 tan dan selebar tiga meter jatuh ke bumi dengan kelajuan sehingga 19 kilometer sesaat. Akademi Sains Russia berkata, ia dianggap luar biasa kerana sifatnya terlalu keras dan mungkin dihasilkan daripada besi, membolehkan serpihan daripada meteor lebih besar sampai ke bumi.

Pengarah Pusat Sains Planet dan Penerokaan di Universiti Western Ontario Peter G Brown berkata, saiz asal meteor itu mungkin selebar 15 meter dan seberat 7,000 tan. “Tenaga dihasilkan daripada letupan itu menyamai 300 kilotan bahan letupan.

Sumber: MEtRO

Dan lepas beberapa jam meteor ni jatuh..datang plak asteroid menghampiri bumi...yg mana jauh lebih besar..meteor tu 1/3 je dr saiz asteroid tuh...mmg Allah bagi "hint" kat kita...tapi asteroid tu takkan jatuh ke bumi dan katenye dah pun menjauhi bumi masa nih...

~ Baca bawah nih~

Florida: Sebutir asteroid terbang 27,600 kilometer dari Bumi hanya beberapa jam selepas sebuah meteorit terhempas di Pergunungan Ural di Chelyabinsk, kelmarin. Saintis berkata, ia adalah asteroid besar pertama mencatat jarak terbang paling hampir dengan Bumi.
Saintis dan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) AS bertegas, meteorit itu tidak ada kena mengena dengan asteroid berkenaan kerana kedua-duanya terbang dalam arah bertentangan.

Asteroid adalah objek yang lebih besar berbanding meteor (tahi bintang) dan mengujakan peminat astronomi di Australia yang menyaksikan ia berlalu tanpa membahayakan Bumi. Dikenali sebagai Asteroid 2012 DA14, objek itu berada lebih hampir berbanding kebanyakan satelit komunikasi dan cuaca di angkasa.
Asteroid itu terlalu kecil untuk dapat dilihat dengan mata kasar walaupun ketika ia berada di kedudukan paling hampir dengan Bimi pada jam 2.25 petang (10.25 malam waktu Malaysia) di Lautan Hindi berhampiran Sumatera. Tempat terbaik untuk menyaksikan asteroid itu menggunakan teropong ialah di Asia, Australia dan timur Eropah. Walaupun begitu, mereka hanya dapat melihat satu titik kecil bercahaya kerana ia bergerak pada kelajuan 28,000 kilometer sejam.

Secara bandingan, asteroid kelmarin itu dianggap kecil berbanding meteorit yang memusnahkan dinasor 65 juta tahun lalu selebar 9.6 kilometer. Bagaimanapun, saintis berkata, asteroid kelmarin masih boleh menyebabkan kemusnahan besar berdasarkan beratnya (143,000 tan) yang mampu menghasilkan tenaga bersamaan 2.4 juta tan TNT.

Dalam keadaan itu, kata saintis, ia boleh memusnahkan kawasan seluas 1,942 kilometer persegi. Nasa menganggarkan, meteor yang terhempas di Russia kelmarin jauh lebih kecil - kira-kira 15 meter lebar dan seberat 7,000 tan sebelum memasuki atmosfera. Ia bersamaan satu per tiga daripada asteroid yang terbang berhampiran Bumi kelmarin. Pegawai kanan Nasa, Jim Green, berkata kejadian kelmarin itu sangat luar biasa dan bersejarah.

Sumber: BERITA HARIAN



2
Selasa, Januari 29, 2013 Post By: Tan Sri Kroll™

BROWN RICE VS WHITE RICE


Brown rice sebenarnya adalah bentuk asal white rice sebelum diproses menjadi putih dan lbih senang untuk dimasak berbanding brown rice yg amik masa lebih lama untuk dimasak.
White rice sebenarnye dah dikupas dan diproses sampailah jadik putih dan dah hilang sume natural nutrient dia seperti fiber,proteins,thiamine,calcium,magnesium dan potassium. Jadik kureng sihat disitu bila dibandingkan ngan white rice...hehe~
Korang perasan tak bila beli white rice mesti ad tulis "enriched with bla..bla..bla.." ?? jadinya white rice ni full with unnatural fortification and additive (penambahbaikan & pengawet). Penambahbaikan kepada white rice nih dibuat untuk replace semula sume nutrient yg diorg dah buang mase nk proses jadik white rice. Dan tau tak sbnrnye white rice nih is soooo devoid of nutrients yg tak memenuhi minimum nutritional requirement oleh FDA,jadinye beras puteh ni diubahsuai dari segi kimia dengan vitamin dan zat besi supaya bole dijual kepada org ramai...

Brown rice nih lebih mahal skrg nih dr beras putih sbbnye cara penyimpannnya yg sukar dan tak bnyk supply...so harge pon melambung la kann...tp ape2pon brown rice dan white rice mengandungi jumlah carbohydrate dan calories yg sama...tapi perbezaan utamanya adalah cara dia diproses dan nilai nutrisinya...

Nak tau nape brown rice lebih baik dari white rice? tngk list kat bawah nih yg menyebabkan ak memilih brown rice over white rice... :)
                                      

1. Brown Rice kaya dengan Selenium

Selenium sangt penting untuk mengurangkan tendency to develop certain form of cancer dan jugak penyakit jantung serta sakit2 sendi (Rh arthritis).

2. Brown Rice kaya dengan Manganese


1 cawan brown rice boleh bagi kita 80% managanese yg diperlukan oleh kita dalam 1 hari. Manganese ni sngt penting untuk menghasilkan fatty acid dan penting untuk sistem neuron and reproductive system yg sehat.


3. Brown Rice mengandngi Minyak asli


Minyak yg baik tuk jantung nih bole tolong mengurangkan bad cholesterol sekaligus protect kita dari penyakit jantung.. :)


4. Brown Rice membantu mengurangkan berat badan!!!!

Disebabkan kandungan fibernya yg tinggi,sistem pencernaan kita akan lebih mudah untuk menjalankan tugas2 mereka dan membantu juga untuk fungsi metabolic badan yg baik....so xdelah korang nak sembelit ke ape...


Tapi yg paling pentingggg makan sket je brown rice nihhh korang akan rase kenyang giler...seriuss!!! melalui pengalaman sendiri...nak compare brasmati ngan wite rice..selalunye ak akan makan 1 pinggan penuh...tp brown rice nih makan sket je..mmg full giler dah rase...yg mana smmgnya bagus untuk nak kuruskan badan..wohohohoho~

5. Brown Rice is a Whole Grain

Kajian menunjukkan 6 kali hidangan whole grain seminggu boleh mengurangkan insiden kita nak kene salur darah tersumbat dan jugak mengurangkan possibility nak kene sakit jantung & kolesterol tinggi ..alahhh...mcm makan Quaker oat tuh lah...tp ni beras perang yg korang xleh dpt bende nih dlm white rice...hehe~ 

6. Brown Rice adalah Antioxidant

Kebanyakan org bila ckp pasal antioxidant mesti pikir blueberries,buah2an dan jgk green tea..tapi kita xsedar yg brown rice nih jgk sebenarnye adalah salah satu sumber antioxidant.

7. Brown Rice mengandungi Fiber yg tinggi


Mcm ak ckp tadi fiber ni tolong sistem pencernaan ape sume...tp tau tak fiber jgk tolong elakkan kita dari cancer? Sbnrnye fiber nih melekat kat sume substance yg bole menyebabkan cancer dan tolong buang dari badan dan tolong elak dari cancer induce substance nih melekat kat sel2 badan.


8. Brown Rice membebaskan gula secara berperingkat ke dalam darah

Tak mcm white rice...brown rice nih release gula  sedikit demi sedikit....so tolong stabilkan kndungan gula dalam darah dalam jumlah yg tetap....so brown rice nih sngt2lah elok untuk org yg kencing manis.


Thats all!!! Cubalah nnt ye brown rice nih...bagus untuk kesihatan dan bg sape2 nk kurangkan berat badann...hehe~ btw sorry sbb lama bangat ak tak update blog nih...thanx kpd yg masih sudi melawat blog ak yg dah bersawang nih..hehe~ ^_^

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang