Advertiser 2
Ahad, Disember 18, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah


Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus”  – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak  (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah)  dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

0
Rabu, Disember 14, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Sanggup meredah paku demi awek puteh gebu..

Haaa...ni barulah chenta sejati...ade bran?? 

Demi awek puteh gebu sanggup diredahnye paku...
Kalo manusia cakap je..sanggup redah lautanlah..
gunung berapilah..terjun gaunglahh...BUKTIKAN lah kalo betul!!!

Mmg kelasss lah kau kuchengg...korang mampooo??? :p




0
Isnin, Disember 12, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau 
nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

" Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

4
Jumaat, Disember 02, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Herbalife??


lame tak update blog...kali ni entry aku special sket...ade bende baru aku nak kongsinya semua...
korang pernah dengar tak pasal HERBALIFE??? aku sebenarnye mmg xpenah amik produk ape2...dan xpecaye ngan ape2 produk..maklumlah zaman skrg ni mmg bnyk sngt produk yg pelik2,sampailah aku gune sendiri herbalife ni...

secara jujurnye aku baru je kenal herbalife ni 2 minggu...percaya atau tidak aku terus jatuh chenta dngn produk2 herbalife....mana taknye...aku yg seberat 79.4kg yg sememangnya obese bole turun kpd 77.1kg dlm mase seminggu!!! yang menarik dan menakjubkan adalah aku boleh makan tngh hari mcm biasa!!! bygkan menikmati semua makanan tapi still boleh turun badan...tapi breakfast dan dinner diganti dengan pemakanan moden yg dinamakan herbalife ni...seriuously xrase lapar langsung...kalo dah amik mase breakfast....tngh hari of course la lapar....then tngh hari tu ape lagi...aku melantaklah..haha~ then mlm amik lagi sekali herbalife....

Tapi perlu diingatkan RESULT IS ATYPICAL meaning setiap org ade basal metabolite rate(BMR) dia sendiri...mcm aku mmg jenis yg BMR tinggi...so senang sket nak turun berat,pulak2 dngn bantuan HERBALIFE...dan juga aktiviti seseorg tupon mempengaruhi kadar penurunan...dan yg paling penting keinginan diri sendiri...produk ni sebenarnye mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan supaya tubuh berfungsi dengan baik.


Mcm aku...aku mmg saje tngh hari tu makan mcm kebiasaannya...xde diet2....nak tngk betul ke tidak bende alah ni....dan Alhamdulillah selepas seminggu aku turun 2kg....ni xsabar nak timbang untuk minggu ke-2...harap2 another 2kg loss without diet...indahnye hidup aku...haha~
paling penting jugak...lepas turun sampai tahap BMI yg normal berat kita akan maintain je xkan naik...huhu~


Ohh ye lupe plak nak ckp yg herbalife ni sebenarnye bukan produk melangsingkan badan tapi sebenarnye produk ni adalah untuk menjaga kesihatan..tetapi menurunkan berat badan adalah salah satu dari beribu manfaat HERBALIFE ni... :)


Lastly aku nak ckp ape2pon yg kita buat adalah sebagai salah satu usaha...yg memakbulkan adalah Allah S.W.T..tapi Allah xkan bagi sesuatu itu bergolek...jadi usaha dan doa itu adalah keutamaan untuk berjaya...
okeyh...aku pon malas dah nak menaip..korang tngklah sendiri dari segi science ape HEBALIFE ni sebenarnye...



oh ye lupe plak nak tunjuk gambar2 org yg dah berjaya....gambar aku akan menyusul xlame lagi..hehe..tungguuuuuuuuu~




















OH YEE...TERLUPA PLAK AKU...(tak abis2 terlupe..haha..) MCM AKU CKP TADI TERLALU BNYK KEBAIKANNYA SAMPAI AKUPON LUPE NAK TULIS....SBNRNYE HERBALIFE NI BUKAN SAHAJE UNTUK KURUSKAN BADAN...TAPI JUGA UNTUK GEMUKKAN BADAN....PRODUK YG SAME..TAPI CARA PENGAMBILAN YG BERBEZA....

Sbb tu kita xleh ckp yg herbalife ni ade "drugs" yg boleh buat kurus...kalo betul..kenape dia boleh buat org menambah berat tapi dngn produk yg serupa??!! pikir2kan...kalo terase teringin nak cuba...tiada paksaan....boleh add aku di facebook blue_tooth1989@yahoo.com.my..  untuk ape2 pertanyaan...kalo nak...aku boleh hantarkan dalam mase 3 hari bekerja straight ke rumah....tiada paksaan..tapi bagi sesiape yg nak berubah,renung2kan... :)

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang