Bagaimana Apple mengubah industri muzik
Steve Jobs, pengasas dan penginovasi yang berwawasan kepada salah satu dari jenama paling berjaya generasi kami, meninggal dunia pada hari Rabu setelah gagal menawan penyakit kanser.
Pemergiannya membangkitkan pencurahan emosi di pelbagai rangkaian sosial dan media antarabangsa yang mengingati peneraju inovasi yang berumur 56 tahun itu untuk kreativiti dan wawasannya.
Selain dari mencipta produk-produk yang mengubah hidup seperti iPhone, Apple memulakan satu siri perubahan dalam industri muzik yang pada masa itu sedang bergelut dengan masalah cetak rompak 'online' atau dalam talian, yang berleluasa pada awal 90-an.
'Memudah-alihkan' Muzik Digital
Jika Walkman Sony membuka pasaran pemain muzik mudah alih, iPod Apple adalah salah satu alat yang telah menggunakan kandungan digital (MPMan F10 adalah yang pertama). IPod generasi pertama diperkenalkan pada Oktober 2001, dan sebelum akhir tahun tersebut, menjual 125,000 unit. Menjelang 2005, 11% orang dewasa Amerika memiliki satu iPod, iaitu berjumlah 22 juta rakyat di Amerika Syarikat sahaja
Tamatnya zaman CD
Berikutan peningkatkan dalam adanya alat-alat MP3, CD atau cakera padat muzik menjadi ketinggalan zaman. Untuk syarikat-syarikat rakaman, masa depan mencari suram- ini dilihat apabila semakin banyak kedai-kedai muzik menutup dan jualan-jualan CD semakin merosot. Dengan kemunculan jaringan P2P seperti Napster and Kazaa, muzik menjadi bentuk seni yang semakin menurun dan bernilai rendah. Apple bukan sahaja menukar pengalaman mendengar muzik – membuatnya lebih murah dan mudah – ia juga mengubah cara industri muzik beroperasi dalam tahun-tahun akan datang.
Memerangi Cetak Rompak
Pada tahun 2003, Apple memperkenalkan iTunes Music Store yang membenarkan cara muat turun lagu-lagu yang sah. Model perniagaan ini mencabar muat turun muzik yang haram, sebaliknya menggalakkan syarikat-syarikat muzik untuk menandingi mereka dengan secara langsung. Dalam tahun pertama iTunes Music Store, kedai tersebut menjual 25 juta lagu digital , dan menjelang 2006, mencecah jualan sebanyak 1 bilion.
Hari ini, iTunes menjual setiap lagu pada harga US$1.29 (RM4.08), satu langkah yang menunjukkan kemajuan dalam idea membayar, berbanding dengan secara haram memuat-turun muzik. Katalog muzik iTunes mempunyai 5 juta lagu, 350 rancangan TV dan 500 wayang gambar. Dan cukup ganjil, hanya tahun lepas, lagu ke-10 bilion yang dimuat turun dari iTunes telah dilakukan oleh Louise Sulcer, berumur 71 tahun, membuktikan kedudukan Apple sebagai syarikat teknologi untuk pasaran yang merentasi semua peringkat umur.