Advertiser 2
2
Ahad, Februari 27, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Job vacancy!!!


Kerja: Juruelektrik/Pendawai 3 Fasa

Pengalaman: 5 Tahun & Keatas

Gaji: RM1k dan Keatas (berdasarkan kemahiran)

Termasuk:
      ~Bonus tahunan
      ~Overtime
      ~Potongan KWSP 
      ~Potongan SOCSO

Sila hubungi nombor di bawah:

   TEL: 09-2781417

0
Khamis, Februari 17, 2011 Post By: Tan Sri Kroll™

Polis Malaysia - Bila Dah Kronik Baru Nak Bertindak...



Salam sume...dah lame aku tak tulis dlm blog nih...maklumlah...baru lepas balik dari mesir nih duk sebuk makan je kejenye...hehe...anyway...dalam post kali ni aku nak bagi pandangan sket tentang polis kat mesia nih...


Akhir tahun lepas ayah aku dirompak dan kerugian lebih kurang RM40,000...tapi korang tau tak ape yg peliknye??? yang peliknye polis still tak dapat nak tangkap pencuri tu even ade rakaman cctv dan 2 cop jari!!!



Pasal cop jari tu...korang tau tak ape yg polis ckp??? dia ckp ade cop jaripon kalo org tu xde rekod jenayah seblum ni tak guna jugak...HABIS TU APE KEPENTINGANNYE KITA BUAT KAD PENGENALAN YG SIAP AMBIL COP JARI TUH???!!!





Mmg selalu jadik mcm ni...aku tngk kat mesia nih...selagi kes tu tak jadik mcm kes sosilawati yang mana kes berprofail tinggi selagi tu xkan tindakan diambil...korang boleh tngk....bila diaorg buat siasatan rupe2nye sebelum sosilawati dah bnyk org kene bunuh dan fail2 sebelum tu dibuka dan dapat diselesaikan dengan senangnya...nampak sngt kan???!!


Sbb tulah jenayah kat mesia nih menjadi2..mana taknye nak tunggu dah jadik kronik baru nak ambil tindakan...dah ramai yg mati...ramai dah kene rompak....pastu kalo kebetulan terkene kat org2 berpangkat besar,berpengaruh...barulah terkial2 nak membongkar,nak siasat...sumenye sbb bende tu dah menjadi perhatian org ramai...kalo tak buat nnt nampak sngt kelemahan dierr...




Nampak tak betapa lemahnye sistem keselamatan dan penyiasatan kat mesia nih???
bilalah nak update jadik bagus???
bagi aku...kalo negara bnyk jenayah..xkan majunye...so diharap kerajaan yg wujud sekarang nih ambillah tindakan yg sewajarnya untuk menaik taraf sistem keselamatan dan kecanggihan dalam penyiasatan...


oklah...aku pon xtau nak ckp ape lagi...LEMAH SUNGGUH!!!


~WASSALAM~

Post By: Tan Sri Kroll™

Bruce Lee mati kerana tewas dengan silat Melayu?


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.


Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.




Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.


Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.

Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.

Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
 Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor. 

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah 'cerita rasmi' tentang kematian Bruce Lee.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang