Advertiser 2
0
Jumaat, Februari 26, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA!!!!

BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL INI BERSAMA-SAMALAH KITA MENHAYATI AKAN PERJUANGAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH NABI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD S.A.W...JANGAN KITA HANYA SEKADAR BERARAK DAN BERSELAWAT KEATAS NABI TAPI DALAM MASA YANG SAMA KITA JUGA MENENTANG APA YANG TELAH NABI MUHAMMAD S.A.W SUNNAHKAN KEPADA UMATNYA...DAN PERBANYAKLANLAH SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.....

RASULULLAH S.A.W.PERNAH BERSABDA:''ORANG YANG PALING UTAMA BAGIKU DI HARI KIAMAT IALAH ORANG YANG PALING BANYAK BERSELAWAT UNTUKKU.BARANGSIAPA YANG MEMBACA SELAWAT 100 KALI UNTUKKU PADA HARI JUMAAT,KELAK PADA HARI JUMAAT DIA DATANG DENGAN WAJAH YANG BERSINAR-SINAR.SEKIRANYA SINAR ITU DIBAHAGI-BAHAGIKAN KEPADA SEMUA MAKHLUK,NESCAYA MENCUKUPI'' 

MOGA-MOGA KITA MENDAPAT SYAFAAT DARI BAGINDA DI AKHIRAT KELAK DAN SEMOGA MAULIDUR RASUL KALI INI MEMBERI PENGERTIAN YANG SEBENAR KEPADA KITA SEMUA..AMIN ....

17
Isnin, Februari 22, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Karipap Mesir-Kes taksub ngan makanan & kuih-muih malaysia

salam...haa...kali ni aku nak citer tentang kegilaan dan ketagihan serta ketaksuban aku terhadap makanan malaysia...aku rindu bangat nih ngan mknn malaysia..ape2 saje makanan yg membuatkan aku terliur ataupon terlintas di fikiran aku,akan direalitikan dengan jayanya...heheehe...

Macam hari ni 
 tiba2 jer nak mkn karipap..bende ni berlaku mungkin sbb ade org di mesir ni buat post pasal 
 karipap..so aku balik class tadi...tiba2 tngk kentang yg aku beli terbiar seminggu tak diusik2..so aku decide nak habiskan sumer tuk dijadikan karipap...

Rupe2nyer bila dah dibuat inti..bnyk giler..so lepas ni...aku ingt nak beli kulit popia then bungkus inti nih...tak membazir...dan yg pentingnyer...aku buat karipap ni sorang2 supaya ade feeling dan original resepi dari aku..hahahahaha..tapi makan kongi yer bukan sorang2...hihihihi....so kat bawah ni adeler bukti2 bahawa aku penah buat karipap sulongku di dunia dan khususnya di mesir....layannzzz.....

 
 (Doh yg aku buat berdasarkan pembelajaran aku membuat 
roti canai tahun lepas ngan mak aku melalui telepon..
disebabkan kes terliur nak makan roti canai)


  
 (inti bagai nak buat kenduri karipap banyaknyer)

p/s: resepinyer 100% original dari aku..berdasarkan 
pengalaman menggunakan kari dalam masakan sebelum ni..

 


 (karipap yg telah siap di'kelepet'..berdasarkan pengalaman aku 
main tanah liat mase kecik2 dulu buat karipap tanah liat,
tak sangka berguna di mesir nih...hahaha..)

  
 sesi menggoreng dengan penuh kesabaran walaupon hanya 
mkn burger pagi tuh tapi tetap kental dan tabah menunggu karipapku siap tuk di lahap...

 
 Tadaa!!!!dah siap pon karipap aku...walaupon aku rase karipap 
ni tak perfect bentuknya mcm yg mak aku buat atau yg dijual di malaysia..
   yg pentingnya ialah rasenyer tetap rase karipap dan lepaslah rindu aku pada karipap malaysia...
                             

              ~THE END~                       

0
Ahad, Februari 07, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

31 daripada 39 bishops isytihar Nabi Isa A.S bukan Tuhan...

Salam....kali ni nak kongsi ngan sumer tentang satu artikel yg ditulis dan diterbitkan oleh "Daily News" 25/6/84 yg bertajuk "Shock survey of Anglican Bishops"..

"More than half of England's Anglican Bishops say that Christians are not obliged to believe that Jesus Christ was God, according to a survey published today. The pole of 31 of England's 39 bishops shows that many of them think that Christ's miracles, the virgin birth and the resurrection might not have happened exactly as described in the Bible. Only 11 of the bishops insisted that Christians must regard Christ as both God and man, while 19 said it was sufficient to regard Jesus as 'God's supreme agent"

0
Khamis, Februari 04, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

11 jenis manusia didoa malaikat...

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 

 5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 


 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ 

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh...”
        

 

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang