Advertiser 2
0
Selasa, Mei 29, 2012 Post By: Tan Sri Kroll™

Lelaki China jual daging manusia



BEIJING: Polis di barat daya China menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh lebih berbelas-belas kanak-kanak dan remaja lelaki sebelum memotong anggota tubuh mangsa dan menjual daging mereka kepada pelanggan yang tidak sedar ia daging manusia, menurut laporan semalam. 

Pihak polis membuat penemuan ngeri itu semasa menyiasat kehilangan sekumpulan remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan media China dan Hong Kong.

Suspek utama dikenali sebagai Zhang Yongming, 56, yang ditahan dua minggu lalu di kampungnya di Nanmen, Yunnan.
Dia mulanya disiasat beberapa bulan lalu atas pembunuhan seorang pemuda berusia 19 tahun penghujung April dan beberapa lagi orang lain yang hilang, lapor laman web Guangxi News. 

Ketika anggota polis memeriksa rumah Zhang, mereka menemui telefon bimbit lelaki itu, kad bank dan bukti lain, menurut web berita itu yang turut melaporkan bahawa lebih berpuluh-puluh remaja lain hilang dari kampung sama sejak beberapa tahun lalu. 

Zhang dikatakan suka menyendiri dan tidak pernah bercakap dengan jirannya. Dia pernah dipenjara 20 tahun kerana membunuh dan dikenali di kampungnya sebagai ‘raksasa pemakan daging’. 

Penduduk juga memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka sering melihat beg plastik hijau mengandungi tulang putih tergantung di rumahnya. 
Akhbar Hong Kong, The Standard melaporkan anggota polis menemui biji mata manusia yang diawetkan dalam botol ‘seperti arak ular’ dan beberapa cebisan daging manusia tergantung dipercayai untuk dikeringkan sebaik mereka memasuki rumah Zhang. – Sumber BH


Seriously?? oh God!!! Giler ape org yg beli tu xsedar tu daging manusia...dah tau yg penjual tu saket mental pegi beli jgk dngn dia...Teringat plak kisah pau kucing mase dulu2 yg berlaku di m'sia sendiri...terbongkar bila org jumpa kepala kucing belakang kedai dia...barulah org sedar yg diaorg selama ni makan pau daging kucingg!!! (aku rase nk termuntah buat post nih..haha)



This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang