Advertiser 2
2
Jumaat, Oktober 08, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Magika Sebuah Filem Muzikal yang Berjaya




Sinopsis


Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah pada waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga menerapkan pelbagai nilai-nilai murni seperti nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.


Filem Magika ini mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.Pelbagai Dugaan dan cabaran ditempuhi Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas mereka terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.
Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.


Ayu berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

"Magika" Kutip RM1.3 Juta Selepas Empat Hari Tayangan 




Menurut Norman Abdul Halim (Norman KRU) dalam Twitternya (NormanAbdHalim) dan KRU Studios (krustudios), 
"sehingga kini, MAGIKA telah mengumpul sebanyak RM1.3 juta. Kepada anda yang belum menonton filem MAGIKA, silalah datang ke pawagam berdekatan anda. :)"   
Filem ini bagaimanapun telah mendapat pelbagai ulasan yang menarik dan positif daripada pelbagai pihak.
Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.


Magika  juga menampilkan artis-artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.


Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.


Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).




P/s: So ape lagi?? jomlah ramai2 pegi tengok...trailer pon dah gempak ceritanya mesti meletupsss...huhuhuhu~











  1. salam kroll..dah blek egpyt la eh..huhu..kat sane ader wayang cter tempatan?siyes citer ni comel..

  1. a'ah juma...dah balik mesir...esok class stat...kat sini xde citer tempatan....taun depan la jawabnye...dah tngk ke cite ni??? bestnyeeeeeeeee.... :D

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang