Advertiser 2
Sabtu, Oktober 16, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

lonjakan mega!!!


(Bajet 2011 angkat Malaysia sebagai negara maju pendapatan tinggi )

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam membentangkan Bajet 2011 yang menjadi lonjakan mega bagi mengangkat Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi dengan mengambil kira kepentingan segenap lapisan masyarakat. 

Bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi, bajet ke-53 itu turut menumpukan kepada usaha pembangunan inklusif dengan pertumbuhan mapan diterajui swasta serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.

Dengan peruntukan RM212 bilion, meningkat 2.8 peratus berbanding Bajet 2010, bajet tahun depan disasarkan mencapai matlamatnya menerusi empat strategi, iaitu merangsang kembali pelaburan swasta; membangunkan modal insan; mensejahterakan hidup rakyat dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

Ia dirangka seiring dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

Bagi merangsang pelaburan swasta, Perdana Menteri menggariskan 20 inisiatif utama, iaitu pelaksanaan projek perkongsian swasta; pembangunan strategi berimpak tinggi; mencergaskan pasaran modal; mempergiatkan industri modal teroka; mewujudkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dan Dana Pencen Swasta; meningkatkan kegiatan industri elektrik dan elektronik serta merancakkan industri minyak, gas dan tenaga.

Inisiatif lain ialah memajukan teknologi hijau; menyuburkan sektor pertanian; merancakkan industri pelancongan; memangkin industri minyak sawit, meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan komunikasi; menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan; pembangunan koridor dan wilayah; menggalakkan penyelidikan pembangunan dan pengkomersialan; menambah perundangan insolvensi; memajukan lagi industri kreatif serta memperkukuhkan kedudukan kewangan negara. 

Dalam setiap inisiatif itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan pelbagai projek, pemberian insentif serta peruntukan dana yang bakal menggalakkan kegiatan ekonomi domestik seterusnya merangsang pendapatan rakyat.

Bagi membangunkan modal insan, Najib menggariskan 10 inisiatif dengan matlamat mengeluarkan negara daripada perangkap terlalu bergantung kepada sumber asli, sebaliknya menjadi sebuah ekonomi yang berteraskan pengetahuan yang menjanjikan pendapatan lebih tinggi.

Inisiatif itu ialah mempergiatkan usaha menarik bakat; memperluas akses kepada pendidikan berkualiti; memperkasa pendidikan awal; memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah; memperkasa pengajian tinggi; mempergiat program latihan dan kemahiran; pengenalan Program Latihan 1Malaysia; meningkatkan produktiviti pekerja; memperluaskan pembabitan wanita dalam ekonomi serta pembangunan sukan.

“Modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi,” tegas Perdana Menteri.

Ke arah mensejahterakan hidup rakyat, Najib menggariskan 12 inisiatif yang membabitkan pemberian insentif, pelaksanaan pelbagai program serta projek pembangunan dan menaik taraf infrastruktur bagi memastikan mutu kehidupan lebih baik di seluruh negara.

Beliau juga mengumumkan pemberian sagu hati RM500 dan insentif bagi memudahkan kakitangan awam memiliki rumah termasuk menaikkan kelayakan pinjaman perumahan kepada RM450,000 daripada RM360,000.

Perdana Menteri berkata, daripada peruntukan RM212 bilion bagi Bajet 2011 itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Bagi peruntukan pembangunan, katanya, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar, manakala RM15.5 bilion bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Najib menegaskan, dengan pelaksanaan inisiatif dalam Bajet 2011 itu serta jangkaan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia yang dijangka sederhana, ekonomi negara dijangka mampu berkembang pada kadar antara lima hingga enam peratus tahun ini.

Pendapatan perkapita pula diunjurkan bertambah 6.1 peratus kepada RM28,000 sementara pendapatan per kapita mengikut kuasa beli pariti meningkat kepada AS$16,000 dengan mengambil kira paras inflasi yang sederhana pada dua hingga tiga peratus dan kadar pengangguran kekal rendah pada 3.5 peratus.

Perdana Menteri turut mengumumkan semakan semula kadar pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini kepada tujuh peratus daripada enam peratus sebelum ini yang dicapai hasil langkah proaktif yang diambil kerajaan dan pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM67 bilion. -BERITA HARIAN-

P/S: harap2 malaysia boleh menjadi sebuah negara yg maju dlm masa yg singkat dan mencatat sejarah dunia..

I LOVE MALAYSIA!!!  O(^_^)O



  1. menara warisan merdeka 100 tingkat = membazir.

    sekolah permata = membazir

    pembangunan 1 malaysia = lebih ke arah membazir.

    source : http://joegrimjow.blogspot.com/2010/10/kesilapan-bajet-2011-pm-perlu-kreatif.html

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang