Advertiser 2
3
Rabu, April 14, 2010 Post By: Tan Sri Kroll™

Ringgit terbaik di Asia



Kuasa beli rakyat makin meningkat

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit bukan saja mencatatkan peningkatan kukuh berbanding mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan euro, malah meningkat berbanding mata wang serantau, sekali gus menjadikannya mata wang terbaik dari segi prestasi kenaikan di Asia, sejak Januari lalu.



Kenaikan ringgit itu tidak hanya meningkatkan kuasa beli rakyat Malaysia di peringkat serantau, malah turut meningkat di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi kerana ia lebih tinggi berbanding riyal sebelum ini.



Jumaat lalu, nilai ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun kepada 3.184 satu dolar AS dan 4.2747 satu euro pada Khamis, tertinggi dalam tempoh hampir tujuh tahun sejak September 2003, sebelum ditutup kukuh pada 4.2976.

Selain itu, setiap satu ringgit kini boleh ditukar kepada 1.1779 riyal berbanding 1.1068 riyal pada 4 Januari lalu. Berbanding dolar Singapura, setiap ringgit kini boleh ditukar kepada 43.66 sen Singapura, meningkat daripada 41.32 sen, iaitu paras tertinggi sejak 14 April 2008. 

Ringgit juga naik 2.47 peratus berbanding rupiah Indonesia, 3.36 peratus berbanding baht Thailand, 3.58 peratus berbanding peso Filipina, 7.74 peratus berbanding dong Vietnam, 1.54 peratus berbanding rupee India, 5.91 peratus berbanding dolar Hong Kong, 3.42 peratus berbanding won Korea dan 7.17 peratus berbanding yen Jepun. 
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin yang juga ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) berkata pengukuhan nilai ringgit jelas menggambarkan Malaysia semakin mendapat perhatian di kalangan pelabur dan peniaga global.

Katanya, prospek pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik serta usaha serius kerajaan untuk melaksanakan transformasi ekonomi juga mula membuka mata pelabur.

“Jelas bahawa sentimen pelabur global terhadap Malaysia kini bertambah baik, walaupun ada pihak di negara ini yang masih kurang yakin dengan pendekatan perubahan yang dilaksana kerajaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mahani juga yakin Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Najib baru-baru ini, berupaya memberi sokongan terhadap ringgit yang akan membawa kepada lebih banyak aliran masuk pelaburan asing ke negara ini. 

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada penerimaan rakyat dan pelaksanaan langkah yang akan digariskan dalam model berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata peluang untuk ringgit turus meningkat khususnya berbanding dolar AS masih luas kerana mata wang tempatan itu agak ketinggalan berbanding kenaikan yang dicatatkan mata wang serantau sebelum ini.

“Saya jangka ringgit berpotensi terus mengukuh kepada 3.15 berbanding berbanding dolar AS. Sebelum ini, kenaikan mata wang tempatan agak perlahan berbanding mata wang serantau dan kini pelabur mula melihat potensi ekonomi negara, Justeru, ia menyokong kenaikan ringgit,” katanya. 



*credit to Berita Harian


p/s: Just copy & paste jer...tapi aku amatlah berbangga dan berharap duet mesia meningkat lagi...dan yg paling pentingnyer...marilah kita bersama-sama keluarkan duet bnyk2...untung wooo..sbb rate skrg ni (14 april 2010) bersamaan:
1 Malaysian Ringgit = 1.72416 Egyptian Pound
1 Egyptian Pound (EGP) = 0.57999 Malaysian Ringgit (MYR)



  1. sameler...tak sabar nak balik m'sia nihh..hehe...

This is a moderated blog,we will review comments for posting within 24hour.We do not discriminate against any views, but we reserve the right not to post comments.

Thank You for Your Incredible Support.

Related Posts with Thumbnails
Copyright Reserved KROLL, KHAIRUL & KEYROLL 2010.
Design by: Tan Sri Dato' Dr.Khairul | MBBS | supported by Nuffnang